KERTAS KOSONG

KERTAS KOSONG

Sunday 7 April 2013

KAMPUNG JOHOR LAMA

Walaupun Kg Johor Lama dekat jer ngan rumah aku, tapi jarang sangat menjejak kaki ke kampung ni. Kampung Johor Lama ni penuh dengan sejarah. Di sini terdapat muzium dan juga makam-makam lama. Tapi sekarang Kg Johor Lama ni lebih popular sebagai kawasan memancing. Kalo hari cuti atau hujung minggu, ramai kaki pancing yang datang sini untuk memancing kat rumah-rumah rakit. Kampung ni pun ada banyak chalet dan homestay. Terbaru yang aku tahu, Kg ni juga menyediakan perkhidmatan bot pelancongan. Antara package yang disediakan adalah seperti menyusuri Sungai Johor, melihat burang camar pulang ke sarang, melalui jambatan lebuhraya Senai-Desaru. Apa pun, tak rugi sekali sekala untuk datang ke kampung ni.

Muzium Kota Johor Lama
Wakaf istirehat

Pandangan Jabatan Senai-Desaru dari Jeti Kg Johor Lama
Pulau Layang - Sarang burung Camar

No comments:

Post a Comment