KERTAS KOSONG

KERTAS KOSONG

Sunday 27 April 2014

Bandung Day 2 (Jalan Cihampelas)

Selepas dari Factory Outlet kami ke Jalan Cihampelas plak. Kat sini pun ada kedai2 macam factory outlet. But xder econ la. Hehe. Mostly kedai2 kat sini ada patung superhero dan kartun sebagai daya tarikan. Ada Rambo, Superman, Spiderman, Mr Bean dan banyak lagi la. Semua kedai aku masuk. Tapi lastly hanya beli baju batik je kat sini.
Selain kedai2 baju yang memaparkan kartun dan superhero popular, kat Jalan Cihampelas ini juga terdapat kedai-kedai kecik di bahu jalan yang menjual souvenir. Leh cuci mata..
Kat sini juga aku sempat merasa ais cream durian. Harga 10 ribu rupiah. Ok la.. Sedap gak coz dia letak sebiji seulas durian. Hehe. Sempat juga aku beli pisang salai cheese dan kacang bandung kat sini.
Superman Terkangkang
Selepas dua jam berjalan kat sini, kami pun dibawa ke sebuah restoran untuk menikmati makan malam. Kami makan malam tu kat Restoren Belacan. Makanan kat sini pun sedap seperti di Gebug Makan Mang Engking. Kat sini juga aku ngan Nizam order jus alpukat. Saja nak rasa..Not bad. Must Try..

Semasa kami datang tu, ada konsert dari artis tempatan. X kenal pun sape artis tu. Diorang duk promosikan album. Kira ok gak la. Makan sambil ada orang nyanyi kan. Pas mkn kitaorang balik hotel. Maka tamatla jalan-jalan kitaorang untuk hari ke-2.

Sunday 20 April 2014

Bandung Day 2 (Factory Outlet)

Setelah kami makan dengan banyaknya kat Gebug Makan Mang Engking, kami pun meneruskan perjalanan ke Factory Outlet Jalan Dago. Aku agak sikit kecewa coz aku hanya dapat pergi 3 FO jer kat jalan dago. FO kat Jalan Riau langsung x pegi. Cuba bayangkan dari berpuluh-puluh FO, just dapat pegi 3 jer. Sedih kan. Semuanya kerana masa yang amat terhad. Kami cuma ada masa satu jam lebih jer kat sini. Menjajar aku ngan nizam g FO yang lain. Nasib baik sebelah2 jer. So gambar pun x banyak. Just snap mana yang sempat. Yang penting dapat beli baju dulu. Haha..
Factory Outlet pertama yang dibawa adalah Grande. Driver park van kat sini jer. So aku bleh merayap kat FO yang berdekatan. Kat FO Grande ni aku x beli apa2 pun coz xder baju yang berkenan.
FO Jetset ni adalah FO yang kedua aku singgah. Sebelah jer ngan Grande. Baju-baju lelaki ada kat tingkat dua. Kat sini aku rembat dua helai baju. Ada gak baju yang berkenan tapi saiz xder la.
Next FO adalah Blossom. Sesuai untuk family. Ada pelbagai barang untuk wanita, lelaki, kanak-kanak dan keperluan rumah. Bila pegi jer tempat baju2 lelaki, perh lagi banyak pilihan kat sini. Rambang mata nak beli. Kitaorang pilih2 baju pun dah macam apa. Asal berkenan amek jer dan try kat fitting room. kemudian baru decide nak amek ke x. Punya la gelabah kitaorang masa tu nak cepat. Ngejor masa kononnya. Yela..takut kena tinggal plak. Pakcik makcik satu group kitaorang bleh la. just lepak kat Grande. X berjalan pun. Kita kan muda remaja lagi. Mesti la nak shopping kat FO kan. Kat sini aku amek 3 helai baju. Walaupun masa try kat fitting room lebih sepuluh helai aku rasa. Haha..BTW, aku amat mengesyorkan korang ke Bloossom ni. Baju2 lelaki amat banyak pilihan yang cantik2. Baju2 gegurl aku x pasti la plak.
Gambar atas ni nizam duk posing dengan baju2 yang dibeli. Walhal beg2 tu aku punya. Haha.. Aku jer xsempat posing.Kesian.....
Depan FO Blossom ada FO Episode. Ingat sempat la nak singgah. Haram... x sempat... Dapat pegi 3 je FO. Sedih... Aku dah study dah FO yang best2 kat Jalan Dago & Jalan Riau. Tapi x kesampaian hajat di hati. Kat bawah ni adalah antara FO yang terdapat di Bandung.
*
*
SENARAI FO JALAN DAGO
Grande
Happening
Rich Famous
Dago Stock Export
Sollutions
Up Town
Donatello
Glamour
Blossom
Jet Set
Victoria
Episode
Edward Forrer

SENARAI FO JALAN RIAU
Heritage
Cascade
Summit
Renarity
China Emporium
Terminal Tas
Galeri For Men
Oasis
Stamp
Mighty
Base

Saturday 19 April 2014

Bandung Day 2 (Gebug Makan Mang Engking)

Selepas dari Tangkuban Perahu, kami pun menuju ke Gebug Makan Mang Engking untuk menjamu makan tengah hari. Perut dah lapo. Tambah2 lagi bila time hujan dan sejuk tadi. Tempat makan yang kami singgah ni memang cantik. Ala2 sebuah taman. Ada tasik dan tempat2 makan di atas tasik. Dalam tasik ada ikan koi dan ikan talapia seperti yang diorang hidangkan. Jom tgk2 gambar. Biarkan gambar berbicara je..Hehe

 Bestkan tempat ni. Tenang jer. Pengunjung pun boleh kasi makan kat ikan2 dalamn tasik ni.. Banyak sangat ikan. Mostly tempat makan ni diperbuat daripada buluh. Design memang superb cantik. So, kat sini boleh amek peluang untuk selfie dan amek gambar banyak2. Hehe
   Kalo tempat dah cantik, makanan dia mcm mana plak ea?...
Makanan yang dihidangkan kat kami tgh ari tu adalah, ikan talapia, sayur kangkung, ulam2, tauhu dan tempe, sambal, ayam madu dan air jasmine. Makanan kat sini memang really2 sedap berbanding semalam. Sambal dia paling aku suka. Walaupun sangat pedas tapi amat menyelerakan. Kat sini aku makan banyak giler. Bertambah2. Hehe.. Tempat makan ni sangat aku syorkan untuk korang pegi..

Sunday 13 April 2014

Bandung Day 2 (Tangkuban Perahu)

Hari kedua di Bandung di teruskan ke Tangkuban Perahu. Tempat gunung berapi yang dikatakan masih aktif. Sebelum tu, snap dulu hotel tempat kami menginap sepanjang di Bandung ni. Kami duk kat Sakura Guest House. Murah dan selesa. Setakat nak merehatkan badan jer. Jadila....
 Perjalanan ke Gunung Tengkuban Perahu ni memakan masa dalam 40 minit kot. Pagi2 lagi dah gerak. Tapi malangnya bila nak sampai ke puncak, Hujan pun turun tapi x der la lebat sangat. Mesti x best kalo hujan. Xleh nak berjalan. Sampai je kat atas tu, hujan dah mula reda. Gerimis2 kalbu jer. Haha.. Keluar dari van jer terus terasa sejuknya yang amat. Maklumla baru lepas hujan. Orang yang tak pakai sweater memang kesian la x tahan sejuk. Keluar jer dari van, penjual jalanan terus sibuk menjaja barangan mereka terutamanya baju hujan plastik. Sampai2 jer terus amek gambar dan posing2 dalam kesejukan. Kawasan tangkuban perahu ni pun besar. Xlarat nak jalan semua tempat. Hehe. Jom posing2 amek gambar. kawah gunung pun still berasap..
Sudah penat berjalan dan posing sakan sana sini, kami pun singgah kat satu warung ni untuk beli jagung bakar. Harganya 10,000.00rp. Kalo kat Malaysia dlm RM3.00. Saja nak rasa. Tgk blog orang ckp jagungnya sedap. Pada aku, biasa2 jer...
  Kami kat sini sampai tgh ari. Memang seronok kat sini. Sejuk je. Macam kat Cameron ... Tempat ni memang wajib untuk korang kunjungi. Kalo x pegi sini kira rugi la. Kat sini macam2 ada jual. Sourvenir la yang banyak. Kedai2 mkn pun banyak. Biasanya yang kat bawah2.Kalo nak beli baju sourvenir yang ada tulisan tangkuban perahu, beli kat sini la. Tempat lain x der coz just banyak baju i love Bandung gitu. Nyesal plak x beli kat sini coz design baju lagi lawa2. Penjual jalanan banyak giler kat sini. Harga awal memang giler x masuk akal. Kalo teringin nak beli, kena pandai tawar-menawar la.