KERTAS KOSONG

KERTAS KOSONG

Saturday 21 February 2015

Krabi Day I (Welcome To Thailand)

 Tanggal 23 Disember 2014, kami telah berjaya menjejakkan kaki ke Krabi, Thailand. Masa ni memang excited giler nak ke Krabi. Perancangan bercuti ke Krabi ni pun last minit jer. X sampai sebulan pun rancang. Tup2... Krabi....Here we come...Kami pergi bertiga je dan bercuti selama 4 hari 3 malam. Kami bergerak dari JB ke KLIA2 pada waktu pagi coz flight kami pukul 5.05petang. Ini lah first time aku menjejakkan kaki ke KLIA2. Sebelum ni biasa kat LCCT jer. Tenyata KLIA2 lebih besar, lebih selesa dan mesra pengguna.
Perjalanan ke Krabi hanya mengambil masa dalam 1jam 15minit. Waktu kat sana lewat sejam dengan waktu Malaysia. Sampai je kat Airport Krabi, kami telah di jemput oleh Kak Da. Kak Da ni la yang berurusan untuk pickup kami kat airport dan menguruskan tempat penginapan kami di Krabi.
*
*
Sepanjang di Krabi, kami telah menginap di Aonang Garden Home Resort. Penginapan semalam dalam RM110. Ok la kan. Pergi time peak season memang mahal semua hotel. Resort ni memang penuh ngan pokok2. Mcm resort dalam hutan. Resort ni xder kolam renang ye.. Resort biasa2 je. But kami selesa duduk sini. Waktu malam sunyi. Dengar bunyi cengkerik jer. Selesa dan nyaman.
*
*
Selepas berehat sekejap di bilik, kami pun decide nak kuar g makan malam. Kami decide makan kat Rohanee Restoren. Restoren ni milik adeq Kak Da. Diorang ni boleh cakap melayu ala2 kelate gitu. Bila makan kat restoren ni, rasa macam berada kat Kelantan plak. Hehe... Kami order masakan panas mlm tu. First time try som tam dan tom yam putih. Sedap giler. Memang puas ati. Harga pun berbaloi la.
 Selepas makan malam, kami pun excersice jalan kaki menuju ke Pantai Aonang. Saja nak cuci2 mata dulu sambil nak beli beg kalis air untuk dibawa ke island hoping esoknnya.Tak lupa beli prepaid telefon kad kedai 24 jam.
Hizan & Nizam
 Jauh gak la kitaorg berjalan kaki mlm tu. Rasa nak tercabut plak kaki. Malam kat sini memang meriah. Ada macam2 jual. Sempat singgah beli panceke kat Jaweal. Baca kat blog pancake Yaminla yang terbaik. But kami x jumpa plak stall dia malam tu. So try Ja'weal Pancake. Kami amek perisa banana nutella dan mangga choclate. Pada aku, pancake ni biasa je. Macam roti canai pisang kat Malaysia. Just letak nutella jer. Dah penat berjalan, kami pun balik bilik dan terus tdo....