KERTAS KOSONG

KERTAS KOSONG

Monday 30 December 2019

Yogyakarta Day I (Pantai Parangtritis)

Next location adalah Pantai Parangtritis. Sebelum ke pantai, kami sempat singgah makan dahulu di warong-warong kedai yang terdekat dengan pantai ini. Masa mula-mula sampai awan cerah. Tak lama lepas tu, awan mendung dan terus hujan lebat. Nasib hujan sekejap sahaja.
 

Thursday 5 December 2019

Yogyakarta Day I (Pantai Cemara Sewu)

Pantai Cemara Sewu ni berhadapan je dengan Gumuk Pasir. Cuma jalan kaki sikit dah nampak lorong dan papan tanda ke pantai Cemara Sewu.
Dari pintu gerbang ni kena menapak sikit la masuk dalam sebelum sampai pantai. Tak jauh pun.. Laluan ke dalam ni penuh ngan pokok-pokok yg boleh dijadikan tempat bergambar.
Pada aku Pantai Cemara Sewu ini tenang, nyaman, bersih dan sesuai untuk release tensen dan rehatkan minda. Terima kasih pada Supir kami yang suh pergi tengok pantai ni. Walaupun sekejap kat sini, hilang rasa penat lelah naik flight dari Malaysia.

Wednesday 4 December 2019

Yogyakarta Day I (Gumuk Pasir)

Percutian ke Yogyakarta atau lebih dikenali sebagai Jogja ni berlaku pada 13 hingga 17 Januari 2017. Sekarang baru nak rajin meng'update' semula. Mungkin kat sana pun dah banyak perubahan yang berlaku kan. Apapun layan je la gambar dan itenarary sepanjang berada di sana untuk panduan bersama.

DAY 1
  • Flight KLIA 2 - Adi Sucipto Airport, Yogyakarta
  • Gumuk Pasir
  • Pantai Cemara Sewu
  • Pantai Parangtritis
  • Alun-alun Kidol
  • Hotel 1001 Malam

DAY 2 
  • Sunrise at Gunung Merapi
  • Prambanan Temple
  • Taman Sari
  • Pasar Beringharjo (Shopping)
  • Jalan Malioboro (Dinner & Shopping)

DAY 3 
  • Sunrise at Kebun Buah Mangunan
  • Hutan Pinus
  • Cave Tubing at Goa Pindul
  • Rafting at Sungai Oyo
  • Lunch at Moro Joglo
  • Pantai Timang
  • Kopi Luwak Mataram
  • Jalan Malioboro (Dinner & Shopping)

DAY 4 
  • Sunrise at Punthuk Setumbu
  • Bukit Rhema, Gereja Ayam
  • Borobudur Temple
  • Kalibiru
  • Pasar Beringharjo (Shopping)
  • Ramayana Mall (Shopping Baju)
  • Jalan Malioboro (Dinner & Shopping)

DAY 5 
  • Jalan Malioboro (Amek Gambar)
  • Kilang Bakpia Pathok 25
  • Flight Adi Sucipto Airport, Yogyakarta - KLIA 2
*
Keluar je dari airport kami terus cari kereta sewa dan driver yang boleh bawak jalan-jalan satu Jogja. Memang jadi kebiasaan kami cari transport 'on the spot' kat tempat yang dituju. Xyah nak booking awal. Alhamdulillah lepas nego harga semua, driver tu setuju bawak kami selama 5 hari jalan-jalan kat Jogja ni. Nama supir dah lupa ye..tapi servis dan kereta tip top dan selesa..
*
*
First destinasi adalah Gumuk Pasir. Gumuk pasir ni adalah satu kawasan lapang yang berpasir dan luas. Aktiviti biasa kat sini adalah meluncur pasir dengan menggunakan sandboard dan mengambil gambar. Kami bertiga share sewa sandboard buat ada2 amek gambar. Try juga la luncur dari bukit pasir tu..

Tuesday 3 December 2019

Perak (Kellies Castle)

Selepas turun dari Cameron Highland, kami singgah sebentar di Kellies Catsle, Batu Gajah. Kellies Castle ni dibina oleh seorang lelaki Scotish muda yang bernama William Kellie Smith. Jadi terdapat bermacam kejadian tragis dan misteri berlaku kat istana ni. So nak taw tanya Google sendiri jela.

Cameron Highland Day II (Lavender Garden)

Sambil nak turun balik ikut Simpang Pulai, kami singgah sekejap kat Lavendar Garden. Nak masuk sini kena bayar. Dulu x silap dalam RM8 kot. Kat sini boleh rasa aiscream lavender. Jom layan gambar


Monday 2 December 2019

Cameron Highland Day II (Kea Farm)

Kita sambung semula blog yang dah lama ditinggalkan. Next destination kita shopping di pasar pagi Kea farm. Zaman 2016. Sekarang dah berubah