KERTAS KOSONG

KERTAS KOSONG

Wednesday 30 November 2016

Lombok Day III (Air Terjun Tiu Kelep)

Sambil tunggu hujan reda... datang satu group minah chinise dari Sabah kat tempat kami pit stop. Kemudian kami sama-sama decide gak nak g Air Terjun Tiu Kelep ni walaupun masih hujan. So sepanjang perjalanan kami kena meredah arus sungai yang deras..batu2 yang licin..So, dua group kami ni kena saling bantu membantu pegang tangan semasa meredah arus sungai..Cehhwah...
 
 *
*
Finally sampai gak kami ke air terjun Tiu Kelep.. Subhanallah..Sangat cantik air terjunnya bila dah depan mata..Airnya pun sejuk..Sangat puas hati ke sini...
 Lepas dah penat berselfie dalam hujan..kami pun gerak pulang melalui jalan yang sama.. Tapi sampai satu tempat ni..tour guide tanya nak main gelongsor air tak? Kami pun dengan gembira ckp la nak..
 Ni la gelongsor air tu..mcm longkang je..airnya deras...seronok wei..dua tiga kali gak la kami main gelongsor ni.Takut gak la sbb longkang ni menyeberangi gaung ye..
**Sesuka je aku panggil longkang..
 Kemudian kami masuk terowong gelap sampai ke air terjun Sendang Gile..Tapi best wei..Sonok sangat.. Tapi tak semua tour guide yang akan bawak lalu terowong ni ye...
 Bila dah keluar dari air terjun, kami mandi dan tukar pakaian..Pak Supir dah tunggu lama tu..Masuk keta terus kami mintak bawak ke tempat makan sbb dah lapo sangat..Pak Supir bawak ke Rinjani Lodge untuk makan..dekat je tempatnya dengan air terjun ni..
 Kat sini ada kolam renang yg menghadap pemandangan gunung dan hutan menghijau..Makanan kat sini sangat sedap walaupun mahal sikit la..But pada pandangan aku amat berbaloi.
 Dah kenyang kami teruskan perjalanan ke hotel di area Sengigi

Saturday 19 November 2016

Lombok Day III (Air Terjun Sendang Gile)

Sampai je kat bangsal, kami terus menuju ke tempat keta sewa.. Kat sini korang tak perlu risau.. Ada banyak kereta sewa dan supir yang tunggu. Kena bijak tawar menawar je. So, hasil tawar menawar dptla kami harga keta dan supir IDR450K untuk bawak kami ke Senaru dan hantar ke hotel di Senggigi. Kereta pun superb.. Honda apa x ingat.. Tak ada kat Malaysia lagi...
*
*
Perjalanan ke Air Terjun di Senaru mengambil masa hampir 2 jam. Dalam keta kami duk membuta jela... Masa sampai ke Senaru hujan renyai dah mula turun..
 Nak masuk air terjun ni kena bayar ye.. kena amek tour guide sekali.. Harga xingat.. Mahal sikit... Tapi pada aku sangat berbaloi siap ngan makanan ringan disediakan. Kat sini ada 3 air terjun sebenarnya. Tapi kami pergi dua je iaitu Sendang Gile dan Tiu Kelep. Lagi satu jauh...Masa masuk ni hujan dan mula lebat.. So, tour guide kami siap sediakan payung lagi..
Memang benar la orang ckp, Lombok ni kaya dengan khazanah alam semulajadi yang tak ternilai..Dari jauh dah dengar deruan air terjun yang jatuh menghempas batu.. Airnya sejuk..segar mata memandang..
Kami mengambil masa kira-kira 20 minit untuk mandi dan mengambil gambar di air terjun Sendang Gile ni. Kemudian kami meneruskan menapak untuk pergi ke air tejun Tiu Kelep plak.
Masa menapak tu hujan turun makin lebat dan berselisih dengan beberapa group yang berpatah balik. Masa ni tour guide bagitahu agak bahaya nak pergi ke air terjun Tiu Kelep sebab hujan dan air sungai yang deras. Masa tu kami rasa kecewa kot tak dapat pergi air terjun yang lagi best. Tour guide maklumkan, untuk pergi ke air terjun Tiu Kelep perlu meredah sungai.. Kemudian kami behenti rehat dulu dekat satu pit stop ni untuk tunggu hujan reda sambil alas perut dgn makanan ringan..Rasa xlengkap bercuti ke Lombok kalau tidak ke air terjun Tiu Kelep ni...

Friday 18 November 2016

Lombok Day III (Ombak Sunset)

Ombak Sunset Lagi!!!
Jangan marah ye.. Memang setiap hari kami pergi ke Ombak Sunset amek gambo sepanjang kami kat Gili Trawangan ni.. Bontot pun dah kebas duk kayuh basikal. Hari ni last day kat gili sebelum kami ke Tanah Besar Lombok. Tiket bot laju kami dah beli semalam dan waktunya kul 10 pagi. So ada masa waktu pagi kami merayap amek gambo. Tapi kali ni pergi berdua je ngan Nizam.. Izan sakit bontot katanya.. Haha..
Selepas dah puas jalan..kami balik ke homestay untuk sarapan dan siap2 untuk meninggalkan gili trawangan. Lepas tu pergi pulang basikal dan menapak ke jeti.
 Sambil tunggu bot sampai, macam biasa la..selfie bagai.. Lepas ni kami akan menuju ke Senaru plak..Mandi air terjun..Bestnya...