KERTAS KOSONG

KERTAS KOSONG

Saturday 21 June 2014

Universal Studio Singapura (Part I)

Jalan-jalan tahun ini di teruskan lagi ke sebarang tambak Johor iaitu Singapura. Kali ini, kami memilih untuk mengunjungi taman tema USS. Jalan-jalan sehari ke USS memang memuaskan hati. Maklumla, first time masuk USS. Sebelum ni, just jalan kat Pulau Sentosa tu je. Pakej sehari berserta bas boleh di dapati melalui travel agent yang terdapat di Danga Bay. Kami telah membuat tempahan seminggu awal bagi memastikan kami dapat ke sana. Kat Danga Bay bedekatan dengan Tune Hotel ini terdapat beberapa travel agent yang menjual pakej dan tiket ke USS. Kami memilih Erwin Travel & Tours Sdn Bhd. Harga tiket dan bas pergi balik adalah RM195 seorang. Selain itu, siap dapat voucher RM5 untuk kegunaan akan datang.
Kami berkumpul di depan company travel agent di Danga Bay ini seawal pukul 7 pagi. Dalam pukul 7.45 pagi kami telah menaiki bas dan mula bertolak ke Singapura. Oh ya.. Jangan lupa passport dan duit Singapura untuk berbelanja di sana ye. Ingatkan kami masuk ke Singapura melalui Tambak Johor (CIQ). Rupanya kami melalui second link iaitu laluan kedua ke Singapura. Lebih cepat dan tidak sesak. Namun still ramai orang.
*
*
Sampai jer kat Kat Pulau Sentosa dalam pukul 9.00 pagi. Sementara menunggu USS buka, aku selfie2 dulu kat globe USS tu. Hehe...
Masa pintu gate masuk tu buka. Ramai orang yang masuk terus berlari-lari menuju ke permainan yang dikehendaki. Aku dan Nizam just jalan berlenggang je. Menikmati first time masuk USS la katakan. Perasaan time ni memang excited giler. Hehe. Make sure ambik peta USS bagi memudahkan perjalanan korang ye.
Kat dalam USS ada bebereapa bahagian antaranya Hollywood, New York, Sci-Fi City, Ancient Egypt, The Lost World, Far Far Away dan Madagascar. First attraction yang kitaorang pegi adalah Light, Camera, Action Hosted By Steven Spielberg. Coz attraction ni x ramai orang lagi.
After that, kami terus menuju ke Transformers The Ride: The Ultimate 3d Battle. Kat sini memang ramai orang. Beratur pun panjang makan masa sejam lebih. Tapi gigihkan juga nak naik transformer ni. Hehe
 Transformers ni memang puas ati naik. Berbaloi beratur panjang semata-mata nak naik transformer. Petang tu aku ngan Nizam naik lagi transformer ni. Dua kali layan tranformer. Best sangat... 
Kat luar bangunan transformer ni ada Optimus Prime. Beratur orang duk nak amek gambar. Aku snap dari jauh jela.. 
Accelerator.. Sesuai untuk kanak-kanak dan family

Battlestar Galatica tutup plak ari tu. Baru berangan nak naik roller coaster ni. Disebabkan benda alah ni tutup, kami naik roller coaster Revenge of The Mummy. Nak melayang cermin mata aku naik ni. Memang laju. Kuar dari sini terus pening pale.. Nasib baik battlestar Galatica tutup..Hehe


With The Army of Anubis