KERTAS KOSONG

KERTAS KOSONG

Friday 18 December 2015

Sabah Day III (Desa Cattle Dairy Farm)

Hari terakhir di Sabah. Selepas keluar dari homestay, kami terus menuju ke Desa Cattle Dairy Farm. Dekat je tempat ni ngan homestay yang kami inap. Suasana pagi tu memang agak sejuk dengan hujan renyai2. Asalnya nak pergi sini semalam ptg. But masa x mengizinkan kerana hampir gelap sudah. Suasana pagi tu berkabus. Puncak Gunung Kinabalu pun xnampak apa.
Sejuk je tgk lembu tu ragut rumput2 hijau di kawasan ladang ni. Tenang sangat di sini.
Aktiviti yang boleh dilaksanakan di sini antaranya melihat susu lembu segar di bungkus (packaging) dan memberi makan rumput dan susu kepada anak2 lembu dan juga kambing. Kat situ ada di jual rumput segar dan susu untuk diberikan kepada lembu2 dan kambing tersebut. Boleh la try nak usap2 belai semua. Anak sedara aku semua suka la kot. Happy jer semua
Lepas dah melilau jalan2 kawasan ni dan badan pun dah bau kambing, kami pun pergi la kat kedai jual aiscream n susu segar. Beli beberapa susu dan mesti cuba aiscream dari susu segar. Ada macam2 perisa. Sedap dan segar sangat. Ada juga di jual cendrahati untuk di bawa pulang. Cendrahati farm ni hanya di jual di sini sahaja ye. Aku beli poskad dan magnet sebagai kenang-kenangan katanya.
Masa nak jalan keluar tu, sempat stop kejap semata-mata nak bergambar kat batu besar Selamat Datang tu. Pergi ke farm ni memang wajib bergambar kat batu tu..Hehe

Macam kat New Zealand pun ada. Hehe..Selepas dah puas snap gambar, kami pun menuju ke Kota Kinabalu. Jenuh menghadap jalan..Bye2 Kundasang..

Thursday 19 November 2015

Sabah Day II (Sabah Tea Garden)

Kemudian, kami menuju pula ke Sabah Tea Garden yang berada hanya bersebelahan dengan Kg Luanti. Di sebabkan hari yang dah lewat petang, kami hanya mengambil masa lebih kurang 20 minit sahaja di sini. Sempat gak la jalan melihat keindahan pokok-pokok teh yang menghijau. Sejuk je mata memandang. Tapi kat sini xder la sejuk sangat macam kat Cameron Highland tu. Aku sempat gak la order teh 3 layer..
Setelah puas bergambar, kami meneruskan perjalanan pulang ke homestay sebelum keadaan menjadi gelap. Takut nak drive time waktu gelap dengan keadaan jalan yng berliku2..Hehe

Wednesday 7 October 2015

Sabah Day II (Tagal Sg Moroli, Kg Luanti)

Selepas dah penat mandi dan rendam kaki di hot spring, kami meneruskan perjalanan ke Kg Luanti. Apa yang best kat Kg Luanti ni??.. Ok ..Kat sini popular dengan ikan kelah Sg Moroli. Kami sampai di sini dalam lingkungan 4 petang dan di sebabkan hanya kami sekeluarga, kami diberi masa agak lama di sini hampir dekat 35 minit. Dengan permandangan hijau dan aliran air sungai yang jernih pasti membuatkan sesiapa saja yang datang tenang dan damai sambil bergelak ketawa di gigit2 kecil oleh ikan kelah. Makanan ikan juga turut dijual di kaunter dengan harga hanya 20sen sepeket bagi memudahkan pengunjung merasai kenikmatan memberi makan ikan kelah dengan cara tersendiri.
Dapat dilihat ikan-ikan kelah duk menanti pengunjung memberi makan di tepi-tepi Sungai Moroli. Selain ikan kelah terdapat juga dua tiga ekor ikan sembilang. Haha
Perasaan excited untuk mencecahkan kaki ke dalam air. Ready....Pastu gelak2 coz geli2 di gigit ikan kelah.
Anak buah aku yang masih takut2.. duk tepi jer
Ikan Kelah Sg Moroli, Kg Luanti ini memang disyorkan untuk dikunjungi. Agak rugi jika ke Kundasang dan Ranau jika tidak singgah ke sini. Suasana sungai dengan kehidupan air tawar ini pasti mengujakan bagi setiap pengujung yang hadir.