KERTAS KOSONG

KERTAS KOSONG

Sunday 13 October 2013

Melaka- KL Vacation (Melaka)

Percutian ke Melaka dan Kuala Lumpur ni dah lama berlalu. Bulan Mei yang lepas.Short vacation ni hanya aku dan bestfriend aku jer. Perjalanan dari JB kira-kira 9.00 pagi dan terus ke Melaka. Sampai Melaka dah kira-kira jam 1 ptg. Masa yang ada untuk ptg itu hanya melawat sekitar bandar Melaka. Coz hari tersebut adalah hari pekerja. So ramai la orang kat bandar Melaka ni. Sampai jer terus ker Muzium Samudera dan tiket masuk hanya RM 3 sahaja. Sedikit info pasal Muzium Samudera- merupakan replika kapal  Flor de La Mar yang dibina pada awal tahun 1990 dan telah dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia, Y.A.B  Tun Dr. Mahathir Mohamad pada 13 Jun 1994.
My Bestfriend - Nizam
Kemudian, kami menuju ke kota A Famosa. Sebelum tu, amek gambar dulu kat gerabak keretapi pertama Tanah Melayu.

Dan akhirnya sampai ke puncak A Famosa.. Penat gak naik tangga..
Selepas melawat kubu A Famosa ni, kami merayap plak cari souvenir. Macam biasa la, souvenir yang dicari adalah fridge Magnet. Tu je la yang berkenan di hati. Kalo ikutkan nafsu, macam-macam ada jual dari yang boleh makan dan yang tak boleh makan. Hehe
FM yang di beli di Bandar Hilir Melaka
Selepas penat berjalan, kami pun pergi la mencari hotel budget untuk tdo mlm ni. Selepas berehat kat hotel, kami pun pergi ke Umbai untuk menikmati ikan bakar. Walaupun x pernah pergi dan tak tahu jalan, tapi nasib baik ada gps yang membantu, Akhirnya dapat gak merasa ikan bakar Umbai. Boleh tahan sedap. Hehe. Korang patut cuba gak. Di sebabkan perut yang tgh lapo masa tu, kami pun dah lupa nak amek gambar. Hihi.. Dah masuk perut baru teringat. Lepas dah kenyang, kami pun pulang ke hotel berehat coz esoknya nak meneruskan perjalanan ke KL.