KERTAS KOSONG

KERTAS KOSONG

Monday 19 August 2013

SINGAPORE

Wah dah bersawang blog aku ni. Punya la lama x update. Entri kali nak cerita serba sedikit perjalanan sehari ke Singapura bersama-sama ngan staf opis. Kitaorang masuk Singapura hari Jumaat 26 April 2013. *lama punya citer baru nak publish*hehe. Tak pe la, asal boleh menggambarkan serba sedikit pasal Singapura ni. 
Kami masuk Singapura awal pagi dan terus pergi ke Orchard Road. Kira-kira dalam kul 10.30 pagi kami sampai kat situ. Masuk2 negara orang dah bawak g tempat shopping. So kat sini ada macam2. Kalo nak beli sourvenir memang sesuai. harga paling murah dari tempat lain. Perfume-perfume berjenama pun banyak dijual disini. Sempat rembat Mont Blanc Legend untuk di jadikan hadiah.
Nampak x, diorang tengah borong sakan sourvenir kat Orchard road ni. Aku pun beli la beberapa fridge magnet nak di jadikan kenangan bila di bawah pulang nanti.
*
*
Setelah puas mencuci mata dan membeli sourvenir, kami di bawah ke Masjid Sultan. Dikatakan Masjid Tertua di Singapura ni.Terdapat deretan kedai sourvenir berdekatan masjid ni. Kami singgah makan dan terus menunaikan solat Jumaat. Gambar xder banyak coz aku xder bawak kamera hari itu.
*
*
Setelah selesai berada di kawasan Masjid, kami di bawa ker Muzzafar Center. Muzzafar Center ni macam shopping kompleks la. Ada jual macam2. Kiranya macam Mydin la. Kat sini aku beli coklat jer. Sebab coklat kat sini ada banyak pilihan. Pilih jer la yang halal.

Selesai jer cuci mata, kami di bawa ker Malayan Park. Tempat popular dengan tugu singa kuar air tu. Orang  kata singa kat situ ibu singa. That mean ada bapak singa la agaknya. Kat sini sesuai untuk ambil gambar buat kenangan. Tapi gambar aku xder banyak pun. Tgk jer la gelagat anak2 dara opis aku ni berposing amek gambar.Huhu

Last place untuk dilawati adalah Sentosa Island. Tempat popular dengan USS tu. Tapi kami x masuk pun USS tu. Lalu jer. Bergambar, berposing dan jalan-jalan cuci mata jer la kan sini. Kat sini ada kedai Hard Rock cafe. So, mana penggemar souvenir hard rock boleh dapatkan kat sini.
 Gambar bersama staf KEJORA yang terlibat
 Bersama my Bos dan rakan sekerja
Posing sakan
Tu dia bapak singa. Lagi besar dari singa kat Malayan Park.
*
*
Selepas seharian berjalan-jalan di Singapura, kami pun pulang ke tanah air. Rasa x cukup sehari nak melawat negara orang ni. Ada masa nanti, aku akan datang lagi ke sini dengan bestfriend plak.
Perfume dan fridge magnet yang dibeli dari Singapore