KERTAS KOSONG

KERTAS KOSONG

Friday 11 September 2015

Sabah Day II (Poring Hot Spring)

Perjalanan di teruskan ke kawasan Rekreasi Poring. Kami sampai di sana dalam tengah hari. Kat sini x perlu beli tiket masuk coz kita boleh gunakan tiket yang di beli semasa di kinabalu park tadi. Perjalanan ke sini dari Kinabalu Park memakan masa hampir sejam setengah. Selain Hot Spring, terdapat beberapa lagi tempat menarik untuk dilawati di kawasan ini. Cuma masalahnya, larat ke nak menapak jauh2 tu. Hehe
Taman rama2 tutup plak masa kami datang.
So, aktiviti pertama di sini adalah Canopy Walkway. Kat sini kita kena bayar tiket masuk yang lain. Tak semua family aku join aktiviti ini. Mak & akak aku yang ada budak kecik just tunggu luar je. Aku & abah aku excited nak lalu titian kanopi tu. But sebelum sampai ke pondok checkpoint pertama, kami kena menapak naik ke atas.Agak jauh gak la nak menapak naik atas tu..Aku mula2 mcm dah putus asa nak teruskan, penat giler kot sambil termengah2. Dah la aku pakai selipar je time tu. But, alang2 dah masuk baik kita teruskan kan...
Muka penat.
Akhirnya sampai.. Rest kejap
Bila dah sampai kat pondok checkpoint mula, kami berehat sebentar. Tengok muka semua pun dah penat. Lagi2 abang aku yang kena dukung Anas naik ke atas. Selepas itu bermula la cabaran melalui titian kanopi ni. Bagi aku yang x biasa, komfirmla takut2 dan gayat. Tinggi kot titian ni gantung antara pokok2 besar. Anak2 sedara aku selamba je lalu titian tu. Laju je diorang sampai ke setiap checkpoint. Katanya, dah biasa naik tittian2 mcm ni masa koko kat sekolah. Wow..salute kat anak sedara aku kejap.. Haha..
Selesai je lalu titian kanopi, kami kena menapak turun bawah plak. Nasib turun x penat sangat. Kemudian, kami menuju pula ke kawasan rekreasi Kipungit. Kat sana ada Air Terjun Kipungit. Tapi... aku x join pun diorang pergi sana coz kaki aku rasa nak tertanggal dah. Haha... Aku bersama mak dan akak ipar aku gi Hot Spring je rendam kaki. Lega sikit kaki bila lepas rendam kat air panas. Kemudian kami terserempak pulak dengan pelancong Korea.. So apalagi .. annyeonghaseyo
Kami menghabiskan masa di sini hampir 3 jam. Sebelum bergerak ke destinasi seterusnya, kami sempat  makan tengah hari dari bekal yang telah disediakan di homestay pagi tadi. Sambil tu sempat juga cari ole2 kat kedai2 cendrahati yang ada di tepi jalan berhadapan dengan pintu masuk ke Taman Rekreasi Poring.