KERTAS KOSONG

KERTAS KOSONG

Sunday 18 May 2014

Bandung Day 4 (Back To Malaysia)

Ok..Dah sampai ke entri terakhir untuk percutian aku ke Bandung. Huhu.. Hari terakhir, kami semua kena bangun awal dlm kul 4.30 pagi untuk menuju ke Jakarta airport. Walaupun flight tgh ari, tapi kami kena gerak awal coz dijangkakan jem. Mas Adi kata, kawannya semalam dari Bandung ke Jakarta mengambil masa hampir 7 jam. Sbb tu kami kuar awal. Nampaknya sambung tido dalam van la..Hehe

  Memang betul yang dikatakan. Jem agak teruk. Tapi aku tabik la kat Mas Adi. Dia sabar mengharungi jem tu semua untuk menghantar kitaorang g airport. Dah la ngantuk pagi2 tu. Sebelum sampai Jakarta kami singgah kat RnR untuk solat Subuh dan sarapan. Then, sambung tdo lagi untuk menuju ke Jakarta. Terasa jauh plak time nak balik ni.
 Hampir sampai airport, kami singgah lagi RnR untuk ke tandas. RnR kat Jakarta siap ada Masjid dan lebih besar berbanding kat Malaysia. Sampai jer airport, kami punggah semua barang dan masukkan dalam troli. Sedih plak nak tinggalkan bumi Indonisia ni. Hehe
Ni la Mas Adi.. muda lagi.. Hadsome x? Sempat gak amek gambar ngan Mas Adi... 
Sampai jer kat airport, kami semua lepak2 dulu sambil tunggu check-in. Then kami timbang beg masing2. Takut gak terlebih muatan. Nasib baik ikut group. Beg troli merah aku pun x terlebih muatan. Coz berat beg aku rasa macam sama masa aku balik dari Beijing dulu.
 Korang boleh tgk sendiri bagasi kitaorang. Beranak pinak. Aku memang bawak beg spare.
 Sambil tunggu check in yang lambat lagi, aku dan Nizam decide g makan tgh ari dulu. So kitaorang teringin nak makan bakso Indonisia.. Kat Bandung x dapat rasa. So, kami singgah kat satu kedai ni. Nama kedai x ingat tapi kat tingkat dua. Sempat gak beli souvenir kat airport ni
 Yang atas ni kopok kulit sapi. Aku pun pernah baca kat blog. So teringin la nak rasa. Nizam makan satu ketul jer. Pastu x leh telan. Haha.. Aku la yang kena abeskan.. Kami order Bakso spesial. Mee dia campur mee kuning ngan mee halus. Bebola daging ada satu besar gedabak dan 2 yang saiz biasa. Minum plak kami order es jeruk dan teh botol. Es jeruk tu macam air fresh oren dalam kotak yang ada kat pasaraya tu..
Teh Botol.. Really miss it
 Selepas makan, kami pun check in dan seterusnya masuk ke ruangan menunggu. Macam biasa la, selfie dulu..
 Akhirnya sampai ke Senai Airport. Kejap je dalam sejam dah sampai. Makan dalam flight pun ada yang x sempat habis lagi. Hehe...
Sampai Senai, terus naik bas balik Bandar Penawar. Sampai Malaysia baru terasa penat sangat. Akhirnya, tamatla kisah perjalanan ke Bandung melalui Jakarta. Masih banyak tempat tak pegi lagi. Better lepas ni kalo nak g terus direct ke Bandung jer. Boleh jimat masa lagi. Yang penting, aku teringin nak ke Bandung lagi. Hehehe..
___________________________________________________________________ 
Lastly, aku sertakan sekali beberapa gambar barang yang aku beli. Tapi x semua la ye.. 

Ni segala kek, kerepek dan kacang. Beli kat Kartika Sari dan Jalan Cihampelas. Pisang salai yang aku beli kat Jalan Cihampelas mahal sikit but lebih sedap coz dia punya coklat lebih banyak. Kacang bandung, bagelan dan chocalate stick pun sedap.



Dompet kulit asli ni aku beli kat Cibaduyut. Harga dah lupa plak. Aku beli untuk nak kasi kat orang.



Kain batik lepas aku beli kat Jalan Kopo manakala kain pelikat aku beli kat Pasar Baru. Aku memang cari kain pelikat gajah duduk je. Aku amek 5 kain pelikat dan nizam amek 8. So, tawar2 dapat satu dalam Rp50ribu. Kiranya dalam RM15. Murah kan.
Magnet [6 packet] = Rp100ribu
Keychain [30 biji] = Rp55ribu
Beg telekung [23pcs] = Rp200ribu
Beg telekung tu ada macam2 jenis. Yang corak batik mcm aku beli ni memang mahal ckit coz lawa kan.
Seluar jeans Levis dan Lee Cooper aku beli kat Toko Tiga. Harga memang la mahal. Tapi rasanya murah sikit dari Malaysia
Kain Cotton yang dibeli kat Sona Textile kat Pasar Baru. Memang rambang mata. Kain memang cantik2. Harga memang berpatutan. Korang xkan menyesal.


Aku borong 6 pasang telekung. boleh tahan murah. Yang sulam bewarna dan silver tu dpt Rp150ribu manakala yang sulam putih je harganya Rp110ribu. Semua yang aku beli jenis kain cotton.




So, inilah antara barang yang aku beli. Ada lagi..tapi cukupla tu..Hehe. Apapun korang mesti tawar menawar sebelum beli. Lagi satu, make sure korang x susun barang yang sama dalam satu beg. Asing dan agihkan barang2 korang kat beg yang berlainan. Ini bagi mengelakkan korang di tahan di Imegresen Malaysia nanti. Kalo kena tahan gak nak wat camne kan..Hehe..

Thursday 8 May 2014

Bandung Day 3 (Djoeroe Masak)

Selepas Dah letih berjalan bagai nak tercabut kaki, kami menuju ke destinasi terakhir untuk hari ini iaitu Djoeroe Masak untuk menikmati hidangan makan malam. Restoren kali ni ala2 english style gitu. Masakan yang disediakan lebih kepada western food dan terdapat juga masakan tempatan. Restoren kali ni memang selesa. Tandas pun bersih. Siap ada langsir cotton lagi. Hehe. Malam tu, kami makan hidangan secara buffet je. Makanan yang dihidangkan juga sedap. But, perut tak lapo sangat, jadi makan sikit je la. Lepas makan, kami pun snap2 gambar kat area dalam restoren tu. Rasa macam kat europe plak. Hehe..
 Cantikan tandas restoren ni. Bau pun wangi jer..Macam bau levender. Boleh selfie kat dalam tandas lagi...

Sampai jer hotel, terus kemas2 barang coz esok dlm kul 4.30 pg dah kena gerak ke Jakarta. Nak balik dah...Waaa.. X puas lagi jalan2. Sebelum kemas, aku ada snap barang yang aku shopping kat Bandung. Sikit jer...
Sikit je kan...

Tuesday 6 May 2014

Bandung Day 3 (Kartika Sari & Ciwalk)

Selepas dah penat shopping macam2 barang, kami kemudiannya di bawa ke Kartika Sari. Salah satu tempat yang popular dengan brownies dan segala mcm jenis kek dan biskut. 
Chocolate stick boleh tahan sedap
 Kata orang brownies kat sini sedap. Aku pun beli la 3 buku brownies. 2 brownies bakar dan satu brownies kukus. But pada aku brownies dia sama je kot. Rasa biasa2 je. Mcm yang pernah makan kat Malaysia. Rasa menyesal plak beli banyak. Selain itu, Aku rembat gak pisang salai cheese dan bagelan. Bagelan memang sedap. Korang memang patut beli bagelan dari beli brownies.
 After shopping brownies kat Kartika Sari, kami pun pulang ke hotel. Waktu tu dalam kul 6 ptg. Lepas letak barang, kami keluar plak ke Jalan Cihampelas lagi. Tapi yang ni x semua ikut. Kebanyakan diorang xnak ikot dan nak rehat kat hotel sehinga makan malam nanti. Walaupun dah pegi Jalan Cihampelas ni, tapi aku saja je nak jejalan sambil ambil2 gambar. Kali ni kitaorang jalan kat Ciwalk dan shopping complex plak.
 Sempat beli beg yang dalam gambar tu untuk menampung barang2 kami beli yang dah beranak-pinak..Walaupun penat sangat, aku tetap cuba untuk senyum k. Entah bila dapat pergi sini lagi kan. Senapang Nizam pegang tu bukan senapang mainan taw. Senapang betul2. Diorang kat sana jual tepi jalan jer..