KERTAS KOSONG

KERTAS KOSONG

Wednesday 4 December 2019

Yogyakarta Day I (Gumuk Pasir)

Percutian ke Yogyakarta atau lebih dikenali sebagai Jogja ni berlaku pada 13 hingga 17 Januari 2017. Sekarang baru nak rajin meng'update' semula. Mungkin kat sana pun dah banyak perubahan yang berlaku kan. Apapun layan je la gambar dan itenarary sepanjang berada di sana untuk panduan bersama.

DAY 1
  • Flight KLIA 2 - Adi Sucipto Airport, Yogyakarta
  • Gumuk Pasir
  • Pantai Cemara Sewu
  • Pantai Parangtritis
  • Alun-alun Kidol
  • Hotel 1001 Malam

DAY 2 
  • Sunrise at Gunung Merapi
  • Prambanan Temple
  • Taman Sari
  • Pasar Beringharjo (Shopping)
  • Jalan Malioboro (Dinner & Shopping)

DAY 3 
  • Sunrise at Kebun Buah Mangunan
  • Hutan Pinus
  • Cave Tubing at Goa Pindul
  • Rafting at Sungai Oyo
  • Lunch at Moro Joglo
  • Pantai Timang
  • Kopi Luwak Mataram
  • Jalan Malioboro (Dinner & Shopping)

DAY 4 
  • Sunrise at Punthuk Setumbu
  • Bukit Rhema, Gereja Ayam
  • Borobudur Temple
  • Kalibiru
  • Pasar Beringharjo (Shopping)
  • Ramayana Mall (Shopping Baju)
  • Jalan Malioboro (Dinner & Shopping)

DAY 5 
  • Jalan Malioboro (Amek Gambar)
  • Kilang Bakpia Pathok 25
  • Flight Adi Sucipto Airport, Yogyakarta - KLIA 2
*
Keluar je dari airport kami terus cari kereta sewa dan driver yang boleh bawak jalan-jalan satu Jogja. Memang jadi kebiasaan kami cari transport 'on the spot' kat tempat yang dituju. Xyah nak booking awal. Alhamdulillah lepas nego harga semua, driver tu setuju bawak kami selama 5 hari jalan-jalan kat Jogja ni. Nama supir dah lupa ye..tapi servis dan kereta tip top dan selesa..
*
*
First destinasi adalah Gumuk Pasir. Gumuk pasir ni adalah satu kawasan lapang yang berpasir dan luas. Aktiviti biasa kat sini adalah meluncur pasir dengan menggunakan sandboard dan mengambil gambar. Kami bertiga share sewa sandboard buat ada2 amek gambar. Try juga la luncur dari bukit pasir tu..

No comments:

Post a Comment