KERTAS KOSONG

KERTAS KOSONG

Saturday 13 April 2013

BEIJING DAY 3 : PART I

Hari ni kena gerak awal. Mcm biasa aku memang x sarapan pun pagi tu, takut perut meragam. Susah nak cari air. hahaha. Btw, perjalanan kami hari ni agak jauh kira-kira memakan masa dua jam sebab nak g Tembok Besar China & Main Ski..Kami excited sangat nak main ski.. First time ni.. Tapi sebelum tu kami di bawa ke pusat batu jade. Di situ diterangkan cara pemprosesan batu jade dan kegunaannya. Layan jer la.

Khusyuk mendengar . .
Berkenan ker kat jade tu
Banyak pilihan . Rambang mata
Cantik2 plak tu . Aku tgh pikir nak beli ke x . Lastly x beli pun
Tujuan sebenar nak amek gambar jer
Asal unik dan menarik kami snap jer gambar . hehehe
Selepas itu, kami dibawa ke burning cream center. Kat sini diorang menjual krim untuk mereka yang melecur. Siap buat demo lagi. Siap melecur tangan orang tu buat demo semua, tapi kami x beli pun barang diorang. membazir jer kot. Kat sini ada gak kedai cendrahati, tapi mcm biasa la. just tgk2 jer dulu. Mahal kot kat sini.
Demostration
Mirul beli aiskrim milo . Aku ngendeng jer kat dia . haha
Perjalanan kami diteruskan lagi ke pusat kristal. Disana ader mcm2 kristal. Kecik & Iqbal sempat beli spek Hitam yang cerminnya dibuat dari kristal. Aku just cuci mata jer. Simpan duit untuk shopping nanti. hehe

Kemudiannya kami di bawa ke pusat tembikar. Di sana kami lunch & solat sekali. Barangan kat sini memang cantik2 belaka. Tapi harga dia boleh tahan mahal. So korang tgk gambar2 kat bawah ni k.
No photo ok . hahaha
Makan time ..

No comments:

Post a Comment