KERTAS KOSONG

KERTAS KOSONG

Monday 8 April 2013

BEIJING DAY 1

Setelah penat lelah dilalui, akhirnya dapat gak aku ngan kengkawan pergi Beijing. Aku excited sangat sebab ni la kali pertama dalam hidup aku pergi menjejakan kaki ke negara orang. First time naik flight lagi tu. Teruja sungguh. 

Program kami ni di panggil Electrical Power Industrial Exposure (EPIE) under GOP UTM. Sempat posing bersama lecture kami, Dr Wazir dan wakil agen Rajawali Bintang Travel, Alin. Semua menunjukkan muka keturajaan sambil tunggu bas bawa pergi LCCT. Waktu ketika itu dalam kul 12 tgh malam.


Bergambar di depan pesawat Air Asia. Teruja sangat dalam flight bersama Kecik. Apa pun perjalanan 6 jam ke Tianjin agak lama. Tapi x terasa pun..sebab excited sangat.


Bila sampai jer airport Tianjin, masing2 sibuk dah pakai baju sejuk. Kat dalam airport x terasa lagi. Bila kuar jer nak menuju ke bas, dia punya sejuk x terkata. Macam ais. Semua berebut naik bas sebab x tahan sejuk. Di sebabkan aku student lagi ketika itu, aku beli baju sejuk bundle jer. Murah dan boleh tahan. So, kalau nak beli baru beli jer kat Beijing. Jauh lebih murah dan banyak pilihan.

Perjalanan dari Tianjin ke Beijing mengambil masa 2 jam. Maklum lah, Air Asia x der direct ke Beijing. Sepanjang perjalanan, kami tgk permandangan kat luar. Pokok2 semua kering. Musim sejuk la kan. Plaza tol dia pun lain ckit dari yang ada kat Malaysia.
Carefour Beijing
Setelah sampai Beijing, kami di bawa makan kat restoren Muslim. First time mkn masakan Beijing. Semua licin. hahaha... Sebelum ke hotel penginapan, kami di bawa ke pasaraya Carefour untuk membeli barang keperluan yang lain. Aku beli long john. Cuaca kat sini mencapai negative darjah celcius tau.

Bergambar di lobi Mingdu Hotel

Setelah berehat hampir sejam kat hotel, kami pun decide nak jalan2 kat area hotel. Menurut Alin, malam ni ada pesta bunga api sempena Tahun Baru Cina. Berbeza di Beijing ni, penduduk hanya boleh bermain bunga api dan membakar mercun pada malam tersebut sahaja. Maksudnya, malam-malam lain tidak di benarkan. Kira kami bertuah la dapat tgk bunga api dan mercun. Malam tu memang bising. Bunga api dan mercun bersepah. Kami enjoy that night walaupun still penat.
Berlatar belakang bunga api
Semasa perjalanan pulang ke hotel, kami terserempak plak dengan satu kedai makan muslim. Perut pun lapar. Kedai tersebut menjual roti ala2 roti nan dan sate. Sedap gak sate kat sini.
Kedai makan Muslim
Sedap ni
Ok lah...Beijing Day 2 bersambung nanti k...

No comments:

Post a Comment