KERTAS KOSONG

KERTAS KOSONG

Friday 29 January 2016

Port Dickson (Avillion Port Dickson)

Selepas dah penat berada di Tanjung Tuan, kami menuju pula ke tempat penginapan selama semalam di Avillion Port Dickson. Aku dah booking resort ni melalui Agoda dengan harga RM528.09 semalam bagi water chalet room. Berbaloi kot harganya dengan resort mewah macam ni. Korang boleh survey kat web avillion..http://www.avillion.com/avillionportdickson/default-en.html 
*
*
Jom tgk keadaan dalam water chalet room ni plak..
 Selepas dah berehat seketika di bilik, kami bersiap untuk explore apa yang ada kat resort ni. Resort ni ada 3 kolam renang. Namanya boleh check kat web Avillion ye. satu kolam renang untuk kanak2, satu untuk family dan satu untuk orang2 dewasa. Sempat gak la berendam sekejap pada waktu malam.
Kawasan Garden Chalet
Kawasan kolam renang orang dewasa
 Yang bestnya pasal Avillion ni, terdapat beberapa binatang seperti burung merak dan ayam berkeliaran di sekitar kawasan resort ni. Macam berada di kampung pulak rasanya..Terdapat juga pet farm di mana pengunjung boleh memberi makan kepada binatang2 yang terdapat di situ.
 Selain itu, terdapat juga beberapa taman kecik seperti spice garden dan orked bagi menyerikan lagi suasana dalam resort ini.
 Kat resort ni ada dua pantai iaitu Pantai Riau dan Pantai Tumasek. Tapi pantai Tumasek ni dah tutup. Pantai Tumasek ni amat sesuai untuk melihat sunset..Cantik..
 Secara keseluruhannya, Avillion Port Dickson ni memang memuaskan. Tapi aku mampu menginap semalam je la..Haha.. Sekali sekala amek resort mahal apa salahnya kan.. Ok sambung next entri..

2 comments: