KERTAS KOSONG

KERTAS KOSONG

Saturday 4 February 2017

Lombok Day IV (Kg Sasak Sade)

Seterusnya kami ke Kg Sasak Sade. Masa sampai tu, tgh panas terik dan orang pun sangat ramai. Kg Sasak Sade ini ialah perkampungan tradisional yang menjalankan aktiviti menenun. Kawasan kampung ni sangat bersih mungkin sbb jadi tarikan pengunjung.
 Setiap lorong perkampungan sasak ni ada pondok2 yang mempamerkan hasil tenunan mereka. Kalo nak beli kain tenunan songket dan sebagainya, tawar-menawar kat sini kerana harga jauh lebih murah.. Pilihan pun banyak..
 Kain pelekat tenun pun lawa2 belaka
 Selain kain tenun songket dan kain pelekat, terdapat juga sejadah tenun kain yang cantik dan boleh dijadikan ole2. Aku amek dua sejadah dan dua songket kat kg ni...

No comments:

Post a Comment