KERTAS KOSONG

KERTAS KOSONG

Tuesday 31 January 2017

Lombok Day IV (Kg Tenun Sukarara)

Waktu pagi hari keempat di Lombok diteruskan dengan aktiviti ke selatan Lombok. Sementara menunggu supir sampai, kami sarapan dulu di hotel. Makanan yang disediakan hanya sedikit tapi sedap dan memuaskan. Fav aku sarapan kat sini adalah megi goreng..Sedap..
*
*
Bila pak supir dah sampai, kami memulakan perjalanan ke Kg Tenun Sukarara. Katanya, kampung ni merupakan kampung asli yang menghasilkan tenunan kain dan songket. Mereka telah melatih anak-anak mereka untuk menenun dari umur 7 tahun lagi. Jika seorang pompuan tidak pandai menenun, maka tidak dibenarkan untuk berkahwin. Huh Gituh.. Dekat gudang jualan ini juga, kami boleh belajar dan melihat proses tenunan di buat.
 Kemudian kami masuk plak kat dalam kedai yang menjual bermcm-mcm jenis kain songket dan tenunan. Memang rambang mata. Semuanya sangat2 cantik. Harganya pun agak mahal di sini.
 Kemudian, sorang mas ni offer untuk pakaikan pakaian tradisional dan mengambil gambar di rumah contoh suku kaum sasak. Mula-mula aku agak keberatan. Takut2 kena bayar ke apa.. Tapi bila dia cakap percuma je.. Kitaorang pun setuju..Tada...
 Mas ni la yang offer dan siapkan pakaian kami.Mas ni pernah kerja kat Kulai katanya..
Pahlawan-pahlawan Sekarare..
 Kat sini aku beli 'table runner' tenunan.. Sangat2 cantik dan harganya agak mahal. Xpela untuk kasi mak kan.      

No comments:

Post a Comment