KERTAS KOSONG

KERTAS KOSONG

Sunday 12 May 2013

BEIJING DAY 7

Wah..pejam celik dah seminggu kat bumi Beijing ni. Rasa mcm semalam jer baru sampai. Ok ...Aktiviti ari ni santai ckit. Just kena banyak cakap jer coz kami nak g SHOPPING....Yeah...Maklumlah kena berdebat lagi untuk tawar harga barang. Dua tiga hari ari lepas aku ada tawar sampai murah tapi aku x beli pun. Dia punya tokey marah sampai kejar aku. Aku pun cuak gak la. Kadang2 orang cakap siap dia pukul belakang kita pakai pembaris. So nasihat aku, Kalo korang dah berkenan kat sesuatu barang, baru tawar habis-habisan. Hehehe. Sebelum kami g shopping kat Yashow Market, kami di bawa ke Olympic Sponsor Jewelry City. Tempat Ni dekat jer ngan Bird's Nest Stadium. Kat sini aku beli gelang jade untuk mak aku yang tersayang.
Minum teh dulu...
Asal boleh. Kat mana2 pun bergambar penting ye
Boleh dikatakan semua ada beli ole2 kat sini..

 Selepas itu kami di bawa ke Yashow Market. Untuk perabeh kan duit china nih. Tapi mcm biasa, kalo bab shopping memang xder gambar coz cameraman kami sibuk nak beli barang. Begitu juga yang lain. Mata dah xtgk lain. Masuk jer terus tuju ke destinasi masing2. Kat sini aku beli byk gak la. Aku beli baju, alas meja, t-shirt, jam tangan, beg tangan, beg dan dompet. Memang berbaloi. Lepas shopping ingat terus g makan n balik hotel, tapi kami di bawa ke Zhongguancun Electronics Merket. Kat sini semua barang electronik ada terutamanya handphone, kamera, jam, gadget yang xkan jumpa di Malaysia dan aksesori komputer. Sebb duit dah byk abes shopping kat Yashow Market tadi, kami just byk cuci mata jer. Kat sini aku beli fridge magnet dan jam comel jer. Jam comel tu pun beli pakai campur dengan duit Malaysia. Kadang2 ada kedai terima duit Malaysia ni..

Selepas balik hotel, semua sibuk packing beg masing2. Esok dah nak balik dah. Lepas dah kemas2, kami kumpul semua untuk makan megi sama2 dan wat rakaman video ucapan terima kasih.
Bersepah giler bilik Iqbal & Kecek ni. Bilik kitaorang pun sama gak. Hahaha
Kumpul dan makan sesama.

No comments:

Post a Comment