KERTAS KOSONG

KERTAS KOSONG

Tuesday 14 April 2020

Yogyakarta Day III (Cave Tubing at Goa Pindul)

Next aktiviti adalah cave tubing dekat Goa Pindul. Aktiviti ni antara yang kami tunggu2. Xsabar nak masuk sungai dan masuk gua. Sampai je sini kami membuat bayaran sekali untuk cave tubing dan rafting. dan kami akan dibawa oleh seorang pemandu atau tour guide yang akan bawak kami bertiga ke dua aktiviti ini. Sebelum tu, kami tukar baju dulu dan seterusnya pakai safety jacket siap2.
 Pelampung besar tu kena angkut sendiri ye ke tempat permulaan.. Adalah dalam 200m kot
 Masa kami sampai ke permulaan untuk masuk ke goa pindul ni, ada satu group yang ramai baru nak masuk juga. So, kasi depa lepas dulu. Kita Selfie2 dulu
 Kebetulan tour guide kami masa tu memang pandai amek gambar. So lawa2 gambar kitaorang. Jom start masuk sungai..
 Dalam Goa Pindul ni memang gelap. Tour Guard ada bawak lampu suluh. So diorang akan suluh part2 dalam Goa Pindul ni untuk kita lihat keunikan dalam goa ni. 

 Dan akhirnya berjaya keluar dari Goa Pindul. Serius...memang best
 Lepas tu, kami kena bawak pelampung tu ke Sungai Oya pulak..

No comments:

Post a Comment