KERTAS KOSONG

KERTAS KOSONG

Saturday 15 February 2020

Yogyakarta Day II (Gunung Merapi)

Aktivti hari kedua di Jogja diteruskan dengan aktiviti ke Gunung Merapi untuk melihat matahari terbit (sunrise). Jadinya kami kena la bangun awal pagi dan bergerak ke Gunung Merapi dalam pukul 4.30 pagi. Driver dah ready dan amek kat hotel. Seterusnya kami sambung tido dalam kereta hingga sampai ke destinasi.
*
*
Untuk makluman semua, Gunung Merapi ni masih lagi aktif dan beberapa letusan berlaku dalam tempoh 5 tahun. Gunung merapi ini pernah meletus pada tahun 2006, 2010 dan 2018 dan yang paling teruk adalah pada tahun 2010 sehingga mengorbankan berpuluh2 orang tempatan
*
*
Untuk sampai ke ke kaki gunung merapi ni, kami kena la menyewa jep dan pemandunya. Memang seronok naik jep waktu pagi2 buta dengan kesejukan embun lagi.
*
*
 Kami menghabiskan sesi sunrise di sini agak lama dengan mengambil gambar dan menikmati udara pagi yang segar dan sejuk
 *
 *
 Kemudian kami turun ke bawah sikit untuk amek gambar atas jep dengan berlatar belakang kan gunung merapi tersebut.
 *
*
Sambil turun balik tu ada beberapa tempat yang kami singgah. Driver jep kitaorang pun memang sporting giler. Dia pandai amek gambar dengan angle yang cantik. Seterusnya kami singgah ke satu kawasan dimana terdapat batu besar yang berbentuk muka manusia. Batu tersebut adalah dari limpahan gunung merapi semasa meletus dahulu.
*
*
Seterusnya kami ke Bekas Rumah Mbah Lurang Petung. Di sini sebenarnya rumah orang tempatan yang telah rosak akibat dari larva dan debu panas yang mengalir dari gunung merapi tersebut.

No comments:

Post a Comment