KERTAS KOSONG

KERTAS KOSONG

Saturday 21 May 2016

Lombok Day I (JB - KL - Lombok)

Percutian aku ke Lombok kali ini bermula dari 20 hingga 24 Januari yang lepas. Semua perancangan rapi telah di buat. Hotel semua dah booking melalui Agoda.com. Dari segi transportation plak kami main redah je nanti kat sana. Disebabkan flight ke Lombok awal pagi, jadi kami dah terbang ke KLIA2 dari Senai pada malam sebelumnya. Sampai KLIA2 dalam kul 10.30 mlm. Nak cari hotel untuk tdr semuanya penuh. Yang murah confirmla fully book.. So kami decide tdr je la kat mana2 yang boleh.
Subway Kat Airport Senai
Sebelum berlepas ke Lombok, kami sempat dulu booking tiket balik dari KLIA2 ke Senai. Konfirm xlarat dah nak naik bas nanti.. Harga tiket flight ke Lombok dah xingat dok.. Tapi yang penting Air Asia je la satu-satunya ada untuk bawa kami ke Lombok.
Weiii... Semua muka excited ke Lombok.
Setelah 3 jam di dalam flight, akhirnya kami sampai juga di bumi Lombok. Airport Lombok ni kecik je. Keluar dari pintu utama dah digerumun dgn orang-orang Lombok yang menunggu ketibaan ahli keluarga mereka.. Tetiba rasa macam popular plak..So keluar airport terus je amek gambar dulu.
Seterunya tiba masa untuk mencari supir untuk bawa kami ke Bangsal. Bangsal adalah gelaran untuk jeti dimana terdapat bot-bot awam yang akan membawa kami ke Gili Trawangan. Masa ni dah mula nego kat supir-supir yang ada kat situ. Untuk makluman, kat depan Airport ni ada banyak supir dengan pelbagai kenderaan yang sedang menunggu pelanggannya.. Kena pandai nego jela. Akhirnya kami dapatla Pak Baehaki sebagai supir kami untuk ke Bangsal. Harga yang kami dapat untuk ke Bangsal adalah IDR260K.
Sebelum itu, kami dah inform awal-awal kat Pak Supir ni untuk singgah kat kedai makan. Coz kami dah lapo sangat. So, Pak Supir bawak ke Lesehan Taliwang Nada. Kat Lombok ni memang popular dengan ayam taliwang. Sesiapa yang ke Lombok mesti cuba ayam taliwang.
Banyak gak la kami order untuk mkn tgh ari kat sini. Total makan IDR299K. Lepas mkn kami teruskan perjalan ke Bangsal. Perjalanan ke Bangsal memakan masa lebih kurang 2 jam. Sampai je di Bangsal Pak Supir dah offer untuk tranportation kami selepas balik dari gili nanti. Pada mulanya kami macm nak terus booking Pak Supir ni je. Tapi asbab dia punya kereta kecik dan aircond yang kurang memuaskan., kami just amek name card dia je sbg backup plan. **Padahal xnak kecik kan hati pak supir tu..
*
*
Kemudian, kami pergi ke kaunter tiket untuk beli tiket bot. Berikut senarai harga tiket bot
Bot Awam - IDR18k
Speed Bot Awam - IDR85k
Kami amek speed bot awam dengan harga IDR85k seorang. Lagipun masa tu bot dah nak jalan. Speed bot ni akan jalan ikut masa tetapi kalo bot awam biasa akan jalan bila jumlah penumpang dah mencukupi.
Naik Speed bot ni cepat sikit sampat kat Gili Trawangan. Dalam masa 15 minit je. Kami masa ni dah penat sangat. Nasib baik bot pun x ramai orang..
 Kat sini ada 3 gili yang popular. Gili Air, Gili Meno dan Gili Trawangan. Tapi yang paling besar dan menjadi tumpuan ramai pelancong adalah Gili Trawangan.
Tadaa.. Sampai dah kat Gili Trawangan
Sampai je terus kami cari hotel yang kami dah booking iaitu Rose Homestay. Tempatnya dekat dengan jeti dan pasar malam. Senang nak kuar jalan-jalan. Ownernya pun peramah dan baik. Xsempat aku nak snap gambo bilik bagai.. Dah penat sangat. Lepas berehat hampir dua jam kat bilik. Kami pun bersiap2 nak keluar untuk explore Gili Trawangan ni. Kami mintak owner homestay ni rekemen kan kedai sewa basikal. Sah2 la dia rekeman kedai member dia kan. Tapi semua harga standard. Harga basikal untuk sehari semalam adalah IDR50K. Bila dah dapat basikal sorang satu, kami pun start kayuh. Nak pergi Ombak Sunset amek gambar kat buai yang popular tu. Sambil tu behenti kat mana2 spot yang menarik untuk merakam gambar kenangan.
 Ingatkan Ombak Sunset ni dekat la. Rupanya boleh tahan jauhnya. Sakit gak bontot naik basikal duk kayuh sampai sini. Jalan bukan jalan tar ye. Jalan berbatu-batu dan lekok2. Untuk makluman, kat pulau ni just ada basikal dan cidomo je. Kenderaan berenjin tidak dibenarkan ye. Bila sampai kat Ombak Sunset ni, orang ramai duk beratur nak amek gambar kat buai tu. Air plak pasang ketika itu. So kami decide esok pagi baru kami datang lagi. Lagipun amek gambo waktu senja ni bukan nampak muka pun..gelap je.. Haha. Lepas dah duduk2 jap kat tepi pantai, kami pun decide untuk balik semula ke jeti. Sampai area jeti tu, kami pun cari la kedai makan Green Cafe sepertimana yang kami baca dalam blog. Malam tu kami makan nasi campur je. Boleh je telan. Tapi xder la sedap sangat. Harga pun mahal. Maybe sebab kat pulau.

No comments:

Post a Comment