KERTAS KOSONG

KERTAS KOSONG

Friday 8 May 2015

Labuan

Percutian tahun 2015 di mulakan dengan destinasi ke Borneo iaitu Labuan dan Sabah. Kali ni, family trip plak. So sehari sebelum bertolak aku, mak dan abah gerak ke rumah akak aku di Putrajaya. Esoknya, dalam pukul 5.30 pagi kami dah bersiap2 ke KLIA2. Kami naik ERL je ke KLIA2. Cepat sikit. Actually, tiket Air Asia ke Labuan ni RM30 jer seorang. Tapi dah booking setahun la... Flight balik dari Kota Kinabalu pun RM30 gak.. Murah kan.
*
*
Kami sampai di Airport Labuan setelah dua jam perjalanan. Kemudian, kami menunggu kereta yang disewa oleh abang ipar aku.  Segala urusan sewa kereta dan penginapan di Labuan ni di uruskan oleh abang ipar aku. So, aku xyah pening2 pale nak pikir dah. Kereta yang kami sewa di sana adalah Toyota Avanza dan Proton Saga. Lagipun untuk sehari semalam je kan..Kat Airport Labuan ni pun ada booth2 sewa kereta dan pakej perlancongan yang disediakan. So xyah risau kalo xbooking kereta dari semenanjung.
 Keluar dari Airport, kami menuju ke Rumah Persekutuan Labuan. Kat Rumah ni la kami duk menginap untuk satu malam kat Labuan. Terkejut aku tgk Rumah Persekutuan Labuan ni. Standart rumah agam. Dekorasi dalam rumah pun cantik2. Rumah ni ada 3 tingkat siap dengan lif lagi. Rumah ni terletak menghadap tepi laut dan tak jauh pun dari Airport. Tetiba feeling2 anak orang kaya jap..Hehe
 Selepas dah berehat & amek gambar semua, kami keluar untuk jalan2. First tempat yang dituju adalah kedai makan coz perut dah sangat lapar. Kami makan kat kedai depan Marrybrown. Kedai apa entah namanya. Kami makan nasi campur je. Lauk2 kat situ boleh tahan sedap. Lepas makan kami ke Labuan Walk Weekend Market. Ala2 macam uptown gitu. Tempatnya dekat je ngan Marrybrown. Kat sini pun ada Labuan Museum. Tapi kami x masuk pun.
Lepas Labuan Walk Weekend Market, kami menuju pula ke duty free di Terminal Feri Labuan. Kat sini, kami shopping coklat la. Aku rembat Kit Kat dalam tin tabung jer. Actually aku xder la minat sangat ngan coklat ni..
 Selepas dah shopping coklat, kami menuju ke Labuan Bazar. Labuan Bazar ni dekat ngan Bus Station Labuan. Bazar Labuan ni ada dua tingkat. Tingkat bawah untuk pasar basah, kering dan buah-buahan. Manakala bahagian atas untuk souvenir dan baju2. Kami kat sini beli souvenir labuan dan beli sedikit buah-buahan untuk makan kat tempat penginapan nanti.
 Sebelum balik rumah penginapan, kami singgah pasaraya Giant beli makanan untuk mkn malam nanti.
Esok pagi, sebelum gerak ke Airport, kami sempat bergambar kenangan di kawasan Rumah Persekutuan Labuan ni.
Sourvenir dan Coklat yang aku beli
Itulah percutian singkat kami ke Labuan. Banyak tempat2 yang xpergi lagi disebabkan kekangan masa. Selapas itu, kami menuju ke negeri Sabah pula.

No comments:

Post a Comment