KERTAS KOSONG

KERTAS KOSONG

Thursday 23 April 2015

Krabi Day II (Island Hoping)

Berzaman nak update...Huhu
Hari kedua di teruskan di Krabi dengan aktiviti Island Hoping... Terdapat banyak package Island Hoping ni. Ada Phi Phi Island, 4 Island, Hong Island & James Bond Island. Kami amek package Phi Phi Island by speed boat. Package ni just ada untuk speed boat je coz jauh kan. Package lain korang boleh pilih sama ada nak guna speed boat atau longtail boat. Make sure korang amek package yang ada sediakan makanan halal ok.. Nanti kebulur plak.
*
*
Package ni kami amek ngan Kak Da je dengan harga 1100Bath sorang. Kiranya sorang dalam RM110. Harga ni mungkin korang boleh dapat lagi murah kalo rajin survey. So pagi2 lagi dah bangun coz excited katanya. Kami tunggu agen pickup kami dari hotel dan di bawa berkumpul di tepi pantai. Kami diberi sticker mengikut jenis package yang kami amek. So sementara menunggu agen boat kami sampai, kami selfie dulu kat tepi pantai tu.
Tempat Berkumpul..
 Selepas taklimat diberikan, kami dibawa menuju ke speed boat..
Longtail Boat

Selfie kat atas boat
Permandangan Laut yang Indah
 First destination kami adalah Koh Phai Island atau lebih dikenali sebagai Bamboo Island. Pulau ni memang cantik. Airnya biru dan pasir pantainya halus & putih. Memang Awesome sangat. Tak taw nak describe mcm mana. Korang kena g sendiri tgk keindahan alam ini. Kami behenti kat sini dalam lebih kurang 40 minit. 
Our Boat
Bamboo Island
 Seterusnya kami di bawa ke Viking Cave dan Lohsamah Bay. Kedua2 tempat ni just tgk dari boat jer. Kami tidak dibenarkan untuk turun. Just boleh amek gambar je. Terdapat juga group lain yang wat snorkeling kat Lohsamah Bay ni.

Viking Cave

Lohsamah Bay. Beautiful..
 Next destination kami adalah Maya Bay. Tempat ni kiranya popular coz menjadi lokasi utama cerita The Beach lakonan Leonardo Dicaprio. Masa sampai sini, pantai ni dah padat ngan manusia. Rasa rimas pun ada. Tempat parking boat agak sempit. But Pantainya cantik. Kami sempat juga la berendam kat pantai ni.
Maya Bay
Ramainya manusia..

 Masuk tengahari, perut kami semua dah lapar. Kami seterusnya di bawa ke Phi Phi Don Island untuk lunch. Kat sini xder amek gambar sangat coz perut dah lapar. Hehe.. Selepas makan, kami jalan-jalan sebentar kat pulau ni.
Phi Phi Don Island
 Selesai makan, kami di bawa untuk snorkeling. Petang tu, kami snorkeling kat dua tempat. Setiap satu tempat diberi masa selama 30 minit untuk snorkeling. Peralatan snorkeling disediakan. Korang kena jaga je bebaik. Kalo hilang kena ganti taw. Aku kat sini excited giler. Maklumla first time snorkeling. Mula2 try snorkeling tu rasa agak susah gak la.. Asyik nak terbalik je..Malu je orang tgk. Lama2 lepas Nizam ajar sikit2, aku dah boleh kawal dan imbangkan badan. Excited giler. Mcm xnak naik boat plak. But pada aku coral2 dan dasar laut kat sini xder la cantik sgt. Berdasarkan gambar, snorkling kat pulau2 Malaysia lagi cantik kot.
 Dah penat snorkling dan kejar boat nak naik, kami pun pulang ke pantai Aonang semula. Sebelum tu, agen kami tu hidangkan buah2 segar untuk kami. Masa balik tu agak mual sikit coz perut penuh baru pas makan. Kami sampai semula ke darat dalam pukul 5 ptg. Agen akan hantar semula ke hotel masing2.

No comments:

Post a Comment