KERTAS KOSONG

KERTAS KOSONG

Monday 19 January 2015

Melaka (Menara Taming Sari, Jonker Walk & Taman Buaya)

Tahun 2014 sudah melabuhkan tirai. But cerita jalan2 still x abes update lagi. Percutian singkat ke Melaka kali ini sebenarnya atas tujuan nak pergi jemputan kahwin kawan kat Muar. So, kitaorg decide stay kat Melaka. Boleh jalan2 sekali. Kali ini aku amek Hotel Marvelux https://www.marveluxhotel.com/. Sampai Melaka terus check in & rehat2 kejap. Then terus keluar cari coconut shake Klebang. Senang je nak cari...Just tepi jalan menuju ke Pantai Klebang.
After dah minum petang kat Klebang, kitaorg pun terus ke pusat Bandar. Jalan2 kat Dataran Pahlawan Megamall. Sempat rembat selipar Playboy satu..hehe. Then kami decide naik Menara Taming Sari. Menara ni pun first time aku naik k. Harga tiket RM10.00 seorang with mykad. kami naik masa tu dah time senja. Boleh la.. Dapat tgk Bandar Melaka dari atas.
 Selepas dah penat berjalan, kami pun pegi makan. After that, terus g Jonker Walk. Jonker Walk open kalo x silap setiap hari Jumaat, Sabtu & Ahad. Sebelum ini x dpt nak g Jonker walk ni. Kat Jonker Walk ni ada banyak kedai. Kedai cenderamata pun banyak. Penat jugak berjalan kat sini dengan penuh sesak ngan org ramai lagi. Mostly kat sini ramai peniaga Cina & Baba Nyonya.
 Dah penat berjalan. Balik hotel dan terus tido.. 
Esoknya, sebelum gerak ke Muar, kami singgah ke Taman Buaya. Bayaran masuk kalo x silap dalam RM5.00. Kat sini setengah jam jer coz x taw nak wat pe. Kat sini ada waterworld. sesuai untuk budak2. But pada pandangan aku, taman buaya ni kurang best dengan kebersihan air yang kurang memuaskan. Lagi best Taman Buaya Teluk Sengat. 100% buaya.
Kura-kura

No comments:

Post a Comment