Dari Labuan ke Sabah, kami naik flight MAS. First time naik MAS ni. Best dan excited giler. Tapi rasa sekejap sangat dok dalam MAS ni coz cuma mengambil masa 20 minit jer ke Kota Kinabalu. Bontot pun x panas lagi....Hehe..
Sampai airport, kami terus menunaikan solat jamak sambil menunggu kerata sewa kami sampai. Kat sana kami ambik kereta Proton Exora dan Saga jer untuk di bawa jalan2 di Kundasang nanti. Sebelum itu, kami singgah di Rumah Terbalik kat Tamparuli. Bayaran masuk ke sini adalah RM10 untuk dewasa dan RM 5 untuk kanak2. Namun, kami tidak dibenarkan mengambil gambar di dalam rumah terbalik. Hanya dibenarkan di kawasan luar sahaja.
|
Tamu or Souvenir Shop |
Selepas itu kami menyambung perjalanan ke Kundasang. Sepanjang perjalanan ke sana, agak susah untuk jumpa Masjid. Yang banyak hanyala gereja2 sahaja. Perjalanan kami ke Kundasang agak mencabar bagi aku. Jalannya berliku dan berbukit2. Ditambah pula jalannya licin selepas hujan dan di penuhi lori2 besar. Then suasana lewat petang yang mula berkabus dan menutupi jalan. Tak nampak jalan masa nak drive. Setelah hampir 2 jam, akhirnya sampai juga kami ke Pekan Kundasang. Kami sampai dah malam dan suasana luar yang agak sejuk. Then kami tunggu owner homestay bawak kami ke homestay mereka coz kami x taw jalan. Sepanjang di Kundasang kami menginap di Mid Village Homestay Kundasang. Homestay ni best coz depan rumah je dah nampak Gunung Kinabalu.. Sejuk....
No comments:
Post a Comment