KERTAS KOSONG

KERTAS KOSONG

Monday, 31 August 2015

Sabah Day II (Kinabalu Park)

Waktu pagi di Homestay memang agak sejuk. Suasana luar homestay amat tenang berhadapan pula dengan gunung Kinabalu yang diselaputi oleh kabus tebal. Kami sekeluarga bersiap2 bagi meneruskan aktiviti hari kedua di Sabah. Pada sebelah pagi kami menuju ke Kinabalu Park. Kinabalu Park ni x berapa jauh dari pekan Kundasang. Bayaran masuk x ingat but tiket Kinabalu Park ni boleh digunakan juga di Poring Hot Spring nanti.
 Ini merupakan salah satu gate untuk mendaki gunung Kinabalu..Timpohon. Bagi mereka yang bukan pendaki juga boleh menyusuri laluan jalan kaki dengan jarak tertentu kira2 satu atau dua kilometer sahaja. Bayaran kalo x silap RM5 sahaja. But kami x masok pun. Just selfie kat pondok menunggu sahaja.
 Best dapat melihat kehijauan dan keindahan alam. Suasana sejuk sambil mata x lekang duk perhati keadaan sekeliling yang mendamaikan. Namun kabus agak tebal pagi tu. So x nampak puncak gunung Kinabalu.
First time juga aku jumpa chipmunk secara live depan mata. Kat rumah tikus banyak la. Tetiba teringat cite 'Alvin and The Chipmunk'.. Aku decide beli kacang Nips and hulur2 kat chipmunk ni..Suka dapat kacang..Hehe..Sonok plak layan chipmunk ni..
 Selepas dah menjejak kan kaki di Taman Kinabalu ni, kami meneruskan perjalanan ke Poring Hot Spring plak. Perjalanan ke sana agak jauh gak la. Melalui bandar Ranau dan jalan yang mcm ular kena palu. Hehe.. Hampir sejam setengah gak la nak gi Poring ni. Area sana ada banyak tempat2 yang boleh dilawati. Ok.. Next entry k..

No comments:

Post a Comment