Di sebabkan flight kami pada waktu petang, kami decide nak wat aktiviti sebelah pagi tu. So kami amek pakej berkayak. First time nak kayak ni.. Excited giler. Pakej kayak ni kami amek yang separuh hari dengan harga 450Bath sorang. Kami amek kat agent yang sama masa nak ke Emerald Pool.
*
*
Pagi tu agent pickup kami dan bawa ke Ao Thalene. Tempat kayak yang popular kat Krabi ni. Perjalanan ke sana mengambil masa lebih kurang setengah jam. Join group kami pagi tu satu family 4 org dari Malaysia, Chinise kapel dari Australia dan sorang minah Australia dan Germany.
Kawasan ketam biru |
Dari laut yang luas, kami masuk ke kawasan sungai dengan kehijauan hutan
dan batu2 kapur. Memang nyaman dan segar dapat melihat kehijauan alam
ni. Kemudian kami terus melalui sungai dan memasuki kawasan hutan paya
bakau plak. Seronok dapat lihat paya bakau dekat2. Aktiviti kayak kami
makin mencabar bila melalui laluan2 sempit di paya bakau.
Sebelum aktiviti kayak berakhir, kami turut dihidangkan dengan buah nenas dan tembikai segar. Perjalanan kayak kami pagi tu mengambil masa lebih 2 jam. Agak jauh juga laluan yang guard kami bawakan. Totally memang best sangat dapat berkayak di kawasan paya bakau. Satu pengalaman yang tidak akan dilupakan.
*
*
Sampai hotel hujan turun dengan lebatnya. So kami siap2 tukar baju semua. Then kami temankan Nizam nak cari beg. Sempat juga rembat baju dan keychain lagi. Kemudian kami ingat nak beli makanan kat gerai2 depan masjid sebagai lunch kami, tapi gerai2 tu x bukak lagi.. So, kami lunch dekat Sareefah Restoren. Selepas lunch, balik hotel tunggu transpot hantar ke airport dan pulang motorsikal semula.
*
*
Secara keseluruhannya, percutian kami ke Krabi ni sangat menyeronokan. Penuh dengan aktiviti2 yang best. Aku mengidam nak makan ayam dan roti depan Masjid Aonang tu..Huaaa.
No comments:
Post a Comment