Aktiviti hari ke-3 diteruskan lagi ke Hot Spring Waterfall. Sebelum tu, mlm tadi kitaorg dah siap2 cari package untuk hari ini. Package kami amek ni hanya 900Bath. Kira murah gak la. Kena rajin survey. Package ni ada 4 tempat yang akan kami pergi iaitu Hot Spring, Emerald Pool, Tiger Temple dan Elephant Trekking. Package ni termasuk sekali lunch dan make sure korang tanya halal food or not k. Selain itu, korang kena stanby baju lebih dan bawak tuala coz korang nak g berendam kan.
*
*
Macam biasa, kami tunggu agent pickup kami kat hotel. Then diorang pickup orang2 lain termasuk kat bandar Krabi. Bila van dah penuh, agent terus membawa kami ke tempat yang dituju.Excited!!! Agak jauh gak la g Hot Spring ni. Tapi yang best dapat tengok permandangan dan suasana kampung kat sana.
Kawasan Hot Spring ni mcm di kawasan hutan. Suasana pagi kat sana terasa segar dengan pohon2 hijau. Sampai je kami terus tukar pakaian untuk mandi. Sempat beli jajan sikit coz perut lapo x sarapan.Ops!!! Abaikan minah kat sebelah tu ye... |
No comments:
Post a Comment