KERTAS KOSONG

KERTAS KOSONG

Tuesday, 28 April 2015

Krabi Day III (Emerald Pool)

Selepas Hot Spring kami menuju pula ke Emerald Pool.  Tiba kat Emerald Pool hujan renyai2. Nasib baik hujan kejap jer. Kat pintu masuk ke Emerald Pool ni ada banyak kedai2 jual souvenir dan makanan.. Just tgk2 je. Kami diberi masa kat sini selama 2 jam.
 Yang x bestnya pasal ke emerald pool ni ialah korang kena menapak agak jauh hampir 800m untuk ke Emarald Pool. Laluan ni paling dekat. Ada banyak laluan nak ke Emarald Pool ni. Biasanya amek je yang paling dekat ni. Kalo nak ke Blue Pool kena menapak lagi..Adoiyai..memang penat giler.. Kalo family yang bawak baby dan orang tua tidak disarankan ke sini.. Kesian nanti diorang nak menapak.
*
*
Masa ni, Hizan laju giler jalan x saing kami. Aku ngan Nizam ni jalan2 sikit amek gambar.. Haha..
Welcome to Emerald Pool
 Akhirnya sampai jugak ke Emerald Pool. Kami tgk dah ramai orang berendam kat sini. Nampak macam best je. But kami decide nak sambung menapak ke Blue Pool. Bila turun nanti baru berendam kat Emerald Pool. Kata orang Blue Pool ni cantik. Tapi x boleh mandi.
Dari laluan titi kayu ke laluan konkrit ke denai2 hutan yang berbecak. Sangat memenatkan. Bila jalan terserempak orang mesti tanya "jauh lagi x". Haha....Ada orang kata x berbaloi menapak jauh just nak tgk pool yang warna biru. Bukan boleh mandi pun. But alang2 dah sampai g je la kan.
*
*
Finally sampai gak kat Blue Pool ni. Yang menariknya, bila kita tepok tangan, akan ada buih2 yang keluar dari dasar Blue Pool ni. Yang x bestnya, kecik je tempat ni. Dah la penat menapak. Kerusi pun xder nak rehat2. So, kami amek2 gambar apa yang patut dan turun semula ke Emarald Pool.

Inilah Bluee Pool
Denai2 hutan yang berbecak. Tapi best menghirup udara segar sambil melihat kehijauan hutan
So bila tiba kat Emerald Pool kami pun terus berendam. Dah x tahan penatnya. But kat kawasan ni agak slippy sikit. Kena hati2.  Kat sini baru jumpa Hizan..Hehe. Kami menghabiskan masa dengan berendam lebih kurang 40 minit sebelum berangkat pulang
Ada tokong dari laluan ke Blue Pool
 So dah penat berendam kami pun menapak keluar. Penat lagi..Huhu.. Sampai kat luar kami di hidangkan makanan tgh hari. Biasanya, agent akan tanya jika ada yang Muslim coz diorang akan sediakan makanan halal untuk korang. Selepas makan kami ke washroom untuk bilas dan tukar pakaian. Lepas ni kami akan ke Tiger Temple Plak. So, kami tidur sekejap dalam van untuk hilangkan kepenatan.

No comments:

Post a Comment