KERTAS KOSONG

KERTAS KOSONG

Tuesday, 28 April 2015

Krabi Day III (Emerald Pool)

Selepas Hot Spring kami menuju pula ke Emerald Pool.  Tiba kat Emerald Pool hujan renyai2. Nasib baik hujan kejap jer. Kat pintu masuk ke Emerald Pool ni ada banyak kedai2 jual souvenir dan makanan.. Just tgk2 je. Kami diberi masa kat sini selama 2 jam.
 Yang x bestnya pasal ke emerald pool ni ialah korang kena menapak agak jauh hampir 800m untuk ke Emarald Pool. Laluan ni paling dekat. Ada banyak laluan nak ke Emarald Pool ni. Biasanya amek je yang paling dekat ni. Kalo nak ke Blue Pool kena menapak lagi..Adoiyai..memang penat giler.. Kalo family yang bawak baby dan orang tua tidak disarankan ke sini.. Kesian nanti diorang nak menapak.
*
*
Masa ni, Hizan laju giler jalan x saing kami. Aku ngan Nizam ni jalan2 sikit amek gambar.. Haha..
Welcome to Emerald Pool
 Akhirnya sampai jugak ke Emerald Pool. Kami tgk dah ramai orang berendam kat sini. Nampak macam best je. But kami decide nak sambung menapak ke Blue Pool. Bila turun nanti baru berendam kat Emerald Pool. Kata orang Blue Pool ni cantik. Tapi x boleh mandi.
Dari laluan titi kayu ke laluan konkrit ke denai2 hutan yang berbecak. Sangat memenatkan. Bila jalan terserempak orang mesti tanya "jauh lagi x". Haha....Ada orang kata x berbaloi menapak jauh just nak tgk pool yang warna biru. Bukan boleh mandi pun. But alang2 dah sampai g je la kan.
*
*
Finally sampai gak kat Blue Pool ni. Yang menariknya, bila kita tepok tangan, akan ada buih2 yang keluar dari dasar Blue Pool ni. Yang x bestnya, kecik je tempat ni. Dah la penat menapak. Kerusi pun xder nak rehat2. So, kami amek2 gambar apa yang patut dan turun semula ke Emarald Pool.

Inilah Bluee Pool
Denai2 hutan yang berbecak. Tapi best menghirup udara segar sambil melihat kehijauan hutan
So bila tiba kat Emerald Pool kami pun terus berendam. Dah x tahan penatnya. But kat kawasan ni agak slippy sikit. Kena hati2.  Kat sini baru jumpa Hizan..Hehe. Kami menghabiskan masa dengan berendam lebih kurang 40 minit sebelum berangkat pulang
Ada tokong dari laluan ke Blue Pool
 So dah penat berendam kami pun menapak keluar. Penat lagi..Huhu.. Sampai kat luar kami di hidangkan makanan tgh hari. Biasanya, agent akan tanya jika ada yang Muslim coz diorang akan sediakan makanan halal untuk korang. Selepas makan kami ke washroom untuk bilas dan tukar pakaian. Lepas ni kami akan ke Tiger Temple Plak. So, kami tidur sekejap dalam van untuk hilangkan kepenatan.

Sunday, 26 April 2015

Krabi Day III (Hot Spring)

Aktiviti hari ke-3 diteruskan lagi ke Hot Spring Waterfall. Sebelum tu, mlm tadi kitaorg dah siap2 cari package untuk hari ini. Package kami amek ni hanya 900Bath. Kira murah gak la. Kena rajin survey. Package ni ada 4 tempat yang akan kami pergi iaitu Hot Spring, Emerald Pool, Tiger Temple dan Elephant Trekking. Package ni termasuk sekali lunch dan make sure korang tanya halal food or not k. Selain itu, korang kena stanby baju lebih dan bawak tuala coz korang nak g berendam kan.
*
*
Macam biasa, kami tunggu agent pickup kami kat hotel. Then diorang pickup orang2 lain termasuk kat bandar Krabi. Bila van dah penuh, agent terus membawa kami ke tempat yang dituju.Excited!!! Agak jauh gak la g Hot Spring ni. Tapi yang best dapat tengok permandangan dan suasana kampung kat sana.
Kawasan Hot Spring ni mcm di kawasan hutan. Suasana pagi kat sana terasa segar dengan pohon2 hijau. Sampai je kami terus tukar pakaian untuk mandi. Sempat beli jajan sikit coz perut lapo x sarapan.
Mula2 sampai tu, penuh ngan mat salleh. Terbantut hajat nak berendam. So kami just amek2 gambar dulu. Then, bila orang dah agak kurang, kami pun decide nak berendam jap, rugi datang jauh2 x cuba hot spring ni. Air memang agak panas. Jgn rendam lama2 sangat. Ideal masa adalah 20 minit sudah mencukupi.
Ops!!! Abaikan minah kat sebelah tu ye...
Setelah sejam disini. kami pun beredar ke van. Suka suasana pokok2 bakau dan suasana hijau kat sini. Tenang je rasanya. Tapi kalo ramai sangat pun x best gak kan. Kat sini, korang xyah nak tukar baju. masuk je van basah2 coz pasni nak g berendam kat emerald pool plak.

Friday, 24 April 2015

Krabi Day II (Christmas Night)

Selepas rehat dan penat balik dr island hoping, kami decide nak g kedai2 di hadapan Masjid Aonang. Kat situ ada kedai pakaian dan makanan. Kedai baju Kak Da pun ada kat sini. Kedai kat sini semuanya makanan halal. Kami try beberapa makanan seperti roti susu, kebab, air limau & ayam blackpaper. Semuanya sedap. Korang mesti try beli kat sini. Sory xder amek gambar coz penat sangat..kamera tinggal kat bilik je..Hehe
*
*
Lepas dah berehat  dan mandi semua, kami decide untuk keluar makan malam. Sebelum tu, kami dah sewa 2 buah motor skuter. Sehari sewa adalah 250Bath sebuah. Senang sikit nak kuar jalan2. Xder la penat kaki tu nanti. Nak sewa motor ni kena kasi pasport untuk simpanan mereka. Lepas pulang motor diaorg kasi balik pasport kita tu. Aku try gak cari yang xperlu letak pasport sbg cagaran, But mostly nak pasport.
*
*
Malam tu kami makan di Bamboo Restoren. Kali ni kami makan nasi putih dengan lauk tomyam, som tam, ikan tiga rasa, kailan ikan masin dan sambal belacan. Keseluruhannya sedap gak but harga agak mahal dari Rohanee Restoren. Somtam Rahanee lagi sedap rasanya. Hehe
Lepas makan kami pun pergi ke bazar malam. Saja jalan2 penuhkan masa terluang. Bazar malam ni kami perasan masa balik dr island hoping. Tu yang decide nak g tu. Dalam perjalanan terjumpa plak stall pancake Yaminlah. So kami singgah dan try beli. Padahal baru lepas mkn nasi.. Bedal je la..Pada aku pancake kat sana tu biasa2 je. Xder yang istimewa sangat pun.
Sebenarnya aku x taw nama bazar malam kat situ. Sbb tu ak panggil bazar malam je. Kat sini ada jual2 baju, makanan dan game lucky mcm yang selalu ada kat funfair tu. Xder la besar sangat bazar kat sini. Tapi layan je la.
Serangga goreng..Yuk..
Nizam je lucky mlm tu. Aku dan Hizan hampeh x dapat apa2. Haha
 Masa odw nak balik tu, kami nampak la tempat2 menarik untuk amek gambar. So singgah jap berposing. Hehe. Meriah malam kat sini coz esok Christmas kan. Penuh dengan cahaya lampu.
 Dah penat kami pun balik bilik. Singgah 7e jap beli air dan jajan buat kunyah2 dalam bilik..