Selepas dari Tangkuban Perahu, kami pun
menuju ke Gebug Makan Mang Engking untuk menjamu makan tengah hari.
Perut dah lapo. Tambah2 lagi bila time hujan dan sejuk tadi. Tempat
makan yang kami singgah ni memang cantik. Ala2 sebuah taman. Ada tasik
dan tempat2 makan di atas tasik. Dalam tasik ada ikan koi dan ikan
talapia seperti yang diorang hidangkan. Jom tgk2 gambar. Biarkan gambar
berbicara je..Hehe
Bestkan tempat ni. Tenang jer. Pengunjung pun boleh kasi makan kat ikan2 dalamn tasik ni.. Banyak sangat ikan. Mostly tempat makan ni diperbuat daripada buluh. Design memang superb cantik. So, kat sini boleh amek peluang untuk selfie dan amek gambar banyak2. Hehe
Kalo tempat dah cantik, makanan dia mcm mana plak ea?...
Makanan yang dihidangkan kat kami tgh ari
tu adalah, ikan talapia, sayur kangkung, ulam2, tauhu dan tempe, sambal, ayam madu
dan air jasmine. Makanan kat sini memang really2 sedap berbanding
semalam. Sambal dia paling aku suka. Walaupun sangat pedas tapi amat
menyelerakan. Kat sini aku makan banyak giler. Bertambah2. Hehe.. Tempat
makan ni sangat aku syorkan untuk korang pegi..
No comments:
Post a Comment