Setelah kami makan dengan banyaknya kat Gebug Makan Mang Engking, kami pun meneruskan perjalanan ke Factory Outlet Jalan Dago. Aku agak sikit kecewa coz aku hanya dapat pergi 3 FO jer kat jalan dago. FO kat Jalan Riau langsung x pegi. Cuba bayangkan dari berpuluh-puluh FO, just dapat pegi 3 jer. Sedih kan. Semuanya kerana masa yang amat terhad. Kami cuma ada masa satu jam lebih jer kat sini. Menjajar aku ngan nizam g FO yang lain. Nasib baik sebelah2 jer. So gambar pun x banyak. Just snap mana yang sempat. Yang penting dapat beli baju dulu. Haha..
Factory Outlet pertama yang dibawa adalah Grande. Driver park van kat sini jer. So aku bleh merayap kat FO yang berdekatan. Kat FO Grande ni aku x beli apa2 pun coz xder baju yang berkenan.
FO Jetset ni adalah FO yang kedua aku singgah. Sebelah jer ngan Grande. Baju-baju lelaki ada kat tingkat dua. Kat sini aku rembat dua helai baju. Ada gak baju yang berkenan tapi saiz xder la.
Next FO adalah Blossom. Sesuai untuk family. Ada pelbagai barang untuk wanita, lelaki, kanak-kanak dan keperluan rumah. Bila pegi jer tempat baju2 lelaki, perh lagi banyak pilihan kat sini. Rambang mata nak beli. Kitaorang pilih2 baju pun dah macam apa. Asal berkenan amek jer dan try kat fitting room. kemudian baru decide nak amek ke x. Punya la gelabah kitaorang masa tu nak cepat. Ngejor masa kononnya. Yela..takut kena tinggal plak. Pakcik makcik satu group kitaorang bleh la. just lepak kat Grande. X berjalan pun. Kita kan muda remaja lagi. Mesti la nak shopping kat FO kan. Kat sini aku amek 3 helai baju. Walaupun masa try kat fitting room lebih sepuluh helai aku rasa. Haha..BTW, aku amat mengesyorkan korang ke Bloossom ni. Baju2 lelaki amat banyak pilihan yang cantik2. Baju2 gegurl aku x pasti la plak.
Gambar atas ni nizam duk posing dengan baju2 yang dibeli. Walhal beg2 tu aku punya. Haha.. Aku jer xsempat posing.Kesian.....
Depan FO Blossom ada FO Episode. Ingat sempat la nak singgah. Haram... x sempat... Dapat pegi 3 je FO. Sedih... Aku dah study dah FO yang best2 kat Jalan Dago & Jalan Riau. Tapi x kesampaian hajat di hati. Kat bawah ni adalah antara FO yang terdapat di Bandung.
*
*
SENARAI FO JALAN DAGO
Grande
Happening
Rich Famous
Dago Stock Export
Sollutions
Up Town
Donatello
Glamour
Blossom
Jet Set
Victoria
Episode
Edward Forrer
SENARAI FO JALAN RIAU
Heritage
Cascade
Summit
Renarity
China Emporium
Terminal Tas
Galeri For Men
Oasis
Stamp
Mighty
Base
No comments:
Post a Comment