Ombak Sunset Lagi!!!
Jangan marah ye.. Memang setiap hari kami pergi ke Ombak Sunset amek gambo sepanjang kami kat Gili Trawangan ni.. Bontot pun dah kebas duk kayuh basikal. Hari ni last day kat gili sebelum kami ke Tanah Besar Lombok. Tiket bot laju kami dah beli semalam dan waktunya kul 10 pagi. So ada masa waktu pagi kami merayap amek gambo. Tapi kali ni pergi berdua je ngan Nizam.. Izan sakit bontot katanya.. Haha..
Selepas dah puas jalan..kami balik ke homestay untuk sarapan dan siap2 untuk meninggalkan gili trawangan. Lepas tu pergi pulang basikal dan menapak ke jeti.
Sambil tunggu bot sampai, macam biasa la..selfie bagai.. Lepas ni kami akan menuju ke Senaru plak..Mandi air terjun..Bestnya...
No comments:
Post a Comment