KERTAS KOSONG

KERTAS KOSONG

Wednesday, 27 January 2016

Port Dickson (Hutan Rekreasi Tanjung Tuan)

Percutian ke Port Dickson ini telah berlaku pada awal bulan lima tahun lepas. Baru ada kesempatan untuk aku update aktiviti-aktiviti di Port Dickson ini. Aku dan Nizam gerak dari Kota Tinggi sekitar pukul 9 pagi. Tempat pertama yang kami tuju di Negeri Sembilan ini adalah Hutan Reksreasi Tanjung Tuan.  Hutan ini berada di antara sempadan Melaka dan Negeri Sembilan. Dalam masa yang sama, kami berada di dalam dua negeri berbeza. Hehe..
*
*
Bayaran masuk ke hutan rekreasi ini hanyalah RM1 sahaja. Apa yang istimewa yang ada di Hutan Rekreasi Tanjung Tuan ini adalah rumah apinya. Rumah api di sini merupakan antara rumah api tertua di Malaysia. Selain itu Hutan Rekreasi Tanjung Tuan ini juga popular dengan sanutari kehidupan pelbagai spesis burung yang singgah di hutan ini.
Selain rumah api, terdapat beberapa lagi tarikan di hutan rekreasi ini seperti Pulau Mesjid, Pulau Intan, Hutan Bakau dan Monkey Bay. Untuk sampai ke rumah api, macam biasala kami kena menapak dengan melalui jalan tar yand disediakan. Agak jauh juga la nak menapak. Terasa penatnya.
 Selepas dah penat menapak dan ambil gambar, akhirnya sampai juga kami ke Rumah Api. Tak boleh masuk dalam rumah api ni. So, tgk dari luar pagar je la
 Di sekeliling rumah api ini ada jalan denai yang boleh di lalui untuk melihat keindahan Hutan Rekreasi dan juga Laut Selat Melaka. Memang cantik sangat permandangan dari atas sini.
 Selepas itu kami decide untuk turun ke Pulau Intan. Pada mulannya kami ingat dekat. Tapi agak jauh jugak kena menapak dan melalui anak-anak tangga yang banyaknya. Disebabkan dah menapak jauh, teruskan juga hasrat untuk sampai ke Pulau Intan. 
 Akhirnya, kami sampai ke bawah. Masa kami sampai tu air tgh surut. Jadi  Pulau Intan xnampak macam pulau coz nampak daratnya. Kawasan pantainya pun cantik. Masa kami sampai tu adalah beberapa orang yang sedang mandi dan isterehat di sana.


 Lepas berehat2 dekat 30 minit, kami pun berangkat untuk pulang. Yang x BESTnya..kami kena la memanjat balik anak-anak tangga tadi. Memang penat giler. nasibla di sediakan kerusi dan kawasan rehat bagi melepaskan lelah. Kalo stamina macm aku ni xkuat memang semput dibuatnya. Tapi overall memang berbaloi datang ke Hutan Rekreasi Tanjung Tuan ni.. Penuh dengan kehijauan flora dan fauna. but really tired.

No comments:

Post a Comment