Sejuk je tgk lembu tu ragut rumput2 hijau di kawasan ladang ni. Tenang sangat di sini.
Aktiviti yang boleh dilaksanakan di sini antaranya melihat susu lembu segar di bungkus (packaging) dan memberi makan rumput dan susu kepada anak2 lembu dan juga kambing. Kat situ ada di jual rumput segar dan susu untuk diberikan kepada lembu2 dan kambing tersebut. Boleh la try nak usap2 belai semua. Anak sedara aku semua suka la kot. Happy jer semuaLepas dah melilau jalan2 kawasan ni dan badan pun dah bau kambing, kami pun pergi la kat kedai jual aiscream n susu segar. Beli beberapa susu dan mesti cuba aiscream dari susu segar. Ada macam2 perisa. Sedap dan segar sangat. Ada juga di jual cendrahati untuk di bawa pulang. Cendrahati farm ni hanya di jual di sini sahaja ye. Aku beli poskad dan magnet sebagai kenang-kenangan katanya.
Masa nak jalan keluar tu, sempat stop kejap semata-mata nak bergambar kat batu besar Selamat Datang tu. Pergi ke farm ni memang wajib bergambar kat batu tu..Hehe
Macam kat New Zealand pun ada. Hehe..Selepas dah puas snap gambar, kami pun menuju ke Kota Kinabalu. Jenuh menghadap jalan..Bye2 Kundasang..
No comments:
Post a Comment