KERTAS KOSONG

KERTAS KOSONG

Wednesday, 7 October 2015

Sabah Day II (Tagal Sg Moroli, Kg Luanti)

Selepas dah penat mandi dan rendam kaki di hot spring, kami meneruskan perjalanan ke Kg Luanti. Apa yang best kat Kg Luanti ni??.. Ok ..Kat sini popular dengan ikan kelah Sg Moroli. Kami sampai di sini dalam lingkungan 4 petang dan di sebabkan hanya kami sekeluarga, kami diberi masa agak lama di sini hampir dekat 35 minit. Dengan permandangan hijau dan aliran air sungai yang jernih pasti membuatkan sesiapa saja yang datang tenang dan damai sambil bergelak ketawa di gigit2 kecil oleh ikan kelah. Makanan ikan juga turut dijual di kaunter dengan harga hanya 20sen sepeket bagi memudahkan pengunjung merasai kenikmatan memberi makan ikan kelah dengan cara tersendiri.
Dapat dilihat ikan-ikan kelah duk menanti pengunjung memberi makan di tepi-tepi Sungai Moroli. Selain ikan kelah terdapat juga dua tiga ekor ikan sembilang. Haha
Perasaan excited untuk mencecahkan kaki ke dalam air. Ready....Pastu gelak2 coz geli2 di gigit ikan kelah.
Anak buah aku yang masih takut2.. duk tepi jer
Ikan Kelah Sg Moroli, Kg Luanti ini memang disyorkan untuk dikunjungi. Agak rugi jika ke Kundasang dan Ranau jika tidak singgah ke sini. Suasana sungai dengan kehidupan air tawar ini pasti mengujakan bagi setiap pengujung yang hadir.

No comments:

Post a Comment