Tempat persinggahan pertama di Kuala Lumpur adalah Taman Rama-Rama Kuala Lumpur. Kami sampai kat situ dalam kul 11.00 pagi. Harga tiket nak masuk taman ni dalam RM5. Kira puas ati la masuk taman rama-rama ni. Rama-rama memang banyak. Suasana dalam taman pun menghijau dan menyegarkan mata memandang. Dianggarkan terdapat beribu jenis rama-rama dengan pelbagai saiz, warna dan corak. Memang menarik sekali-sekala masuk taman rama2 ni best gak.
Taman rama-rama ini juga tedapat kolam ikan. So pengunjung juga boleh kasi makan kat ikan-ikan tersebut. Makanan ikan kena beli kat kaunter ye...
But, masa jalan2 dalam taman ni, korang kena aware tempat korang jalan tu coz ada rama2 kat atas tempat jalan kaki. Jangka hayat rama-rama ni kan x lama. Kadang2 ada rama yang tak leh terbang coz sayap dia basah dan sebagainya. Jangan terpijak dah la.
Best bila rama-rama duk kat jari kita ni...
Masa nak keluar dari taman ni, kami melalui bilik pameran serangga. Kat situ ada macam2 serangga dan kumbang seperti kumbang tanduk yang jarang ditemui sekarang ini. Kat sini xder amek gambar plak. dan lastly kami lalu kedai cenderahati. Memang dah jadi kebiasaan, bila keluar dari taman apa2 mesti kena lalu kedai cendrahati dia. Strategi tu... Kat kedai cenderahati tu pun ada banyak jual magnet, keychain dan rama2 yang telah diawet dan di'frame'kan.. Harga boleh tahan mahal gak la. Aku just beli magnet taman rama-rama dlm harga RM10 sebagai kenangan.
No comments:
Post a Comment