KERTAS KOSONG

KERTAS KOSONG

Thursday, 19 December 2013

Melaka- KL Vacation (Taman Burung KL)

Selepas Taman Rama-rama Kuala Lumpur, kami pergi pula Taman Burung Kuala Lumpur pada sebelah petang.Lokasinya x jauh pun dari taman rama-rama. Harga tiket nak masuk taman burung ni adalah RM25. Harganya agak mahal, tapi berbaloi la tgk bermacam spesis burung dlm ni. Lagipun bukan nak g selalu pun. Pas ni entah bila lagi dapat pergi sini.
Burung Merpati

 Burung merak dalam ni memang banyak. Tapi kebanyakkannya bulu burung ni x elok.maybe bukan musim untuk merak ni melawa..haha

 Merak mengembangkan bulunya..kalo bulu dia lawa mesti menarik kan

 Ni jer gambar yang sempat diambil. coz kamera masa tu abes bateri dah. Kat sini juga ada pertunjukkan burung dan pertunjukan beri makan burung. Lastly, x sah kalo x beli souvenir kat sini.
Fridge Magnet & Keychain yang dibeli di taman rama-rama dan taman burung..

Saturday, 16 November 2013

Melaka- KL Vacation (Taman Rama-Rama KL)

Tempat persinggahan pertama di Kuala Lumpur adalah Taman Rama-Rama Kuala Lumpur. Kami sampai kat situ dalam kul 11.00 pagi. Harga tiket nak masuk taman ni dalam RM5. Kira puas ati la masuk taman rama-rama ni. Rama-rama memang banyak. Suasana dalam taman pun menghijau dan menyegarkan mata memandang. Dianggarkan terdapat beribu jenis rama-rama dengan pelbagai saiz, warna dan corak. Memang menarik sekali-sekala masuk taman rama2 ni best gak.
 Taman rama-rama ini juga tedapat kolam ikan. So pengunjung juga boleh kasi makan kat ikan-ikan tersebut. Makanan ikan kena beli kat kaunter ye...
 But, masa jalan2 dalam taman ni, korang kena aware tempat korang jalan tu coz ada rama2 kat atas tempat jalan kaki. Jangka hayat rama-rama ni kan x lama. Kadang2 ada rama yang tak leh terbang coz sayap dia basah dan sebagainya. Jangan terpijak dah la.

 Best bila rama-rama duk kat jari kita ni...

 Masa nak keluar dari taman ni, kami melalui bilik pameran serangga. Kat situ ada macam2 serangga dan kumbang seperti kumbang tanduk yang jarang ditemui sekarang ini. Kat sini xder amek gambar plak. dan lastly kami lalu kedai cenderahati. Memang dah jadi kebiasaan, bila keluar dari taman apa2 mesti kena lalu kedai cendrahati dia. Strategi tu... Kat kedai cenderahati tu pun ada banyak jual magnet, keychain dan rama2 yang telah diawet dan di'frame'kan.. Harga boleh tahan mahal gak la. Aku just beli magnet taman rama-rama dlm harga RM10 sebagai kenangan.

Sunday, 13 October 2013

Melaka- KL Vacation (Melaka)

Percutian ke Melaka dan Kuala Lumpur ni dah lama berlalu. Bulan Mei yang lepas.Short vacation ni hanya aku dan bestfriend aku jer. Perjalanan dari JB kira-kira 9.00 pagi dan terus ke Melaka. Sampai Melaka dah kira-kira jam 1 ptg. Masa yang ada untuk ptg itu hanya melawat sekitar bandar Melaka. Coz hari tersebut adalah hari pekerja. So ramai la orang kat bandar Melaka ni. Sampai jer terus ker Muzium Samudera dan tiket masuk hanya RM 3 sahaja. Sedikit info pasal Muzium Samudera- merupakan replika kapal  Flor de La Mar yang dibina pada awal tahun 1990 dan telah dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia, Y.A.B  Tun Dr. Mahathir Mohamad pada 13 Jun 1994.
My Bestfriend - Nizam
Kemudian, kami menuju ke kota A Famosa. Sebelum tu, amek gambar dulu kat gerabak keretapi pertama Tanah Melayu.

Dan akhirnya sampai ke puncak A Famosa.. Penat gak naik tangga..
Selepas melawat kubu A Famosa ni, kami merayap plak cari souvenir. Macam biasa la, souvenir yang dicari adalah fridge Magnet. Tu je la yang berkenan di hati. Kalo ikutkan nafsu, macam-macam ada jual dari yang boleh makan dan yang tak boleh makan. Hehe
FM yang di beli di Bandar Hilir Melaka
Selepas penat berjalan, kami pun pergi la mencari hotel budget untuk tdo mlm ni. Selepas berehat kat hotel, kami pun pergi ke Umbai untuk menikmati ikan bakar. Walaupun x pernah pergi dan tak tahu jalan, tapi nasib baik ada gps yang membantu, Akhirnya dapat gak merasa ikan bakar Umbai. Boleh tahan sedap. Hehe. Korang patut cuba gak. Di sebabkan perut yang tgh lapo masa tu, kami pun dah lupa nak amek gambar. Hihi.. Dah masuk perut baru teringat. Lepas dah kenyang, kami pun pulang ke hotel berehat coz esoknya nak meneruskan perjalanan ke KL.