KERTAS KOSONG

KERTAS KOSONG

Sunday, 27 December 2020

Yogyakarta Day III (Rafting at Sungai Oyo)

Selesai cave tubing, kami meneruskan aktiviti ke Sungai Oyo pula. Boya tu kena angkut sendiri ye.. Nak ke Sungai Oyo kita akan naik lori kecik ni.

Masing-masing dari rombongan lain juga kena angkut boya sendiri ye. Kena menapak sikit.Jalan pun lecak sebab baru lepas hujan.
Dah Sampai tempat permulaan untuk rafting di Sungai Oyo.. Amek gambar dulu
Kebetulan ada mini waterfall sbb baru lepas hujan kan.
Lepas tu tour guird kami suh kami terjun dari batu besar tu. Ok la..x tinggi mana. Tapi bila tiba kat atas tu ketar lutut wei.takut gak. Padahal tinggi 5 meter je.. Baru taw perasaan Kwang Soo bila kena terjun dari papan anjal kat pool tu. Finallay aku berjaya terjun juga ye...Haha

Okay dah sampai..Muka semua happy dan puas main air

Sebelum kami naik semula lori kecik sempat juga kami bergambar di sekeliling sawah padi yang menghijau dekat situ.

Masa balik tu sekali ngan group dari Selangor ni. Naik lori sekali...Amek pic dulu. Lepas ni kami akan ke Pantai Timang plak..Yeah.

Tuesday, 14 April 2020

Yogyakarta Day III (Cave Tubing at Goa Pindul)

Next aktiviti adalah cave tubing dekat Goa Pindul. Aktiviti ni antara yang kami tunggu2. Xsabar nak masuk sungai dan masuk gua. Sampai je sini kami membuat bayaran sekali untuk cave tubing dan rafting. dan kami akan dibawa oleh seorang pemandu atau tour guide yang akan bawak kami bertiga ke dua aktiviti ini. Sebelum tu, kami tukar baju dulu dan seterusnya pakai safety jacket siap2.
 Pelampung besar tu kena angkut sendiri ye ke tempat permulaan.. Adalah dalam 200m kot
 Masa kami sampai ke permulaan untuk masuk ke goa pindul ni, ada satu group yang ramai baru nak masuk juga. So, kasi depa lepas dulu. Kita Selfie2 dulu
 Kebetulan tour guide kami masa tu memang pandai amek gambar. So lawa2 gambar kitaorang. Jom start masuk sungai..
 Dalam Goa Pindul ni memang gelap. Tour Guard ada bawak lampu suluh. So diorang akan suluh part2 dalam Goa Pindul ni untuk kita lihat keunikan dalam goa ni. 

 Dan akhirnya berjaya keluar dari Goa Pindul. Serius...memang best
 Lepas tu, kami kena bawak pelampung tu ke Sungai Oya pulak..

Saturday, 28 March 2020

Yogyakarta Day III (Hutan Pinus)

Kami seterusnya ke Hutan Pinus. Destinasi hutan ini yang dibentangi pokok-pokok pinus yang tinggi. Kebetulan masa kami sampai, cuaca tidak mengizinkan. Hujan yang lebat. Nasib hujan sekejap. Dapatla kami turun dan mengambil gambar di dalam hutan pinus ni.