KERTAS KOSONG

KERTAS KOSONG

Saturday, 4 November 2017

Cameron Highland Day II (Big Red Strawberry Farm)

Hari ke-2 diteruskan ke Big Red Strawberry Farm yang terletak bersebelahan dengan Cactus Valey. Sampai sini kena menapak sikit naik bukit. Kalo naik kereta boleh la parking atas ye. Aktiviti yang boleh dilakukan disini ialah memetik buah strawberry, membeli salad segar dan berehat sambil menikmati waffel dan jus strawberry di cafe.

Thursday, 31 August 2017

Cameron Highland Day I (Malam Cinta Teknikal)

AGRO HIGHLAND CHALET 
 Jalan Pecah Batu, 
Brinchang, 39000 Tanah Rata, 
Pahang, Malaysia.
 Chalet ni berhampiran dengan pasar malam Brincang dan merupakan pengusaha strawbery.
 *
*
*
Aktiviti pada sebelah petang adalah bebas. Jadi rombongan boleh pergi ke pasar malam Brincang untuk membeli belah. Manakala AJK rombongan pula bergerak ke Hotel Rossa Passadena untuk membuat persiapan majlis makan malam Unit Teknikal. Kemudian baru kami ke Pasar Malam Brinchang.
*
*
Majlis Cinta Teknikal adalah majlis makan malam khusus untuk Unit Teknikal KEJORA serta meraikan perpisahan dan persaraan anggota unit. Secara keseluruhannya, majlis tersebut happening giler dan berjalan lancar. Makan malam pula kami mengambil hidangan steamboat yg awesome. Tempat2 sejuk dapat makan steamboat panas memang menyelerakan. 
 Dah abes event memang penat giler. Balik hotel makan dulu strawbery cecah coklat pastu baru berdengkur...

Saturday, 29 April 2017

Cameron Highland Day I (Agroteknologi Mardi)

Destinasi kedua di Cameron diteruskan ke MARDI. Actually, kami dah hantar surat lawatan mengenai rombongan kami ke sini. So, sebelum masuk kita dengar taklimat dari pegawai mardi di sini..
 Abes je taklimat, semua x sabo dah nak masuk Mardi melihat kehijauan dan kecantikan bunga-bunga yang ada kat sini. Memang bertuah kami kerana bunga-bunga kat sini semua tgh kembang dan mewangi. Kawasan Mardi ni pun boleh tahan besar. Selain bunga dan strawbery, terdapat juga sayuran segar dan pokok-pokok buah yang dah mula berbuah.
 Memang superb cantik bunga-bunga kat sini. Sapa kaki bunga atau mat bunga sila ke Mardi Cameron ye.
Kat sini sempat la beli 2 3 pokok kaktus dengan tiada tujuan.. Haha
Dah2.. Kalo ikut kan hati x mau keluar dari sini..hehe..Next, kita ke hotel..Dah capek bangat ni.. Dapat katil memang syiok.

Friday, 7 April 2017

Cameron Highland Day I (Cameron Valley Tea House)

Rombangan Opis Ke Cameron Highland ni berlaku pada 28 hingga 30 April 2016. Gitu... Setahun dah berlalu..Hehe...Kami bertolak dari Bandar Penawar pada 28hb malam. Sempat singgah subuh di Hentian Pulai dan meneruskan perjalanan ke destinasi pertama di Cameron iaitu Cameron Valley Tea House. Berikut itenarary sepanjang di Cameron Hihgland:-

DAY 1
  • Cameron Valley Tea House
  • Argoteknologi Mardi 
  • Agro Highland Chalet
  • Pasar Malam Brinchang
  • Hotel Rossa Passadena (Dinner)

DAY 2
  • Big Red Strawberry Farm
  • Kea Farm
  • Lavender Garden
 Suasana pagi kat sini memang nyaman. Kehijauan daun teh dan suhu yang dingin pasti mengujakan. Tapi xda la sejuk sangat.. Cameron dah xsejuk macam dulu..Kalo badan macam aku ni, xpayah dah pakai baju sejuk..
 Kat Teh Valley ni pun ada kafe, so bolehlah rombongan kami bersarapan kat sini. Dingin2 pagi minum teh tarik panas..Pearh.. heaven kan..