KERTAS KOSONG

KERTAS KOSONG

Saturday, 25 May 2013

BEIJING DAY 8

Akhirnya percutian dan kembara ke Beijing sudah hampir ke penamatnya. Last day, just bersiap untuk ke Tianjin Airport untuk pulang ke Malaysia. Sedih pulak nak tinggal Beijing. Dah seminggu kami kat sini. Macam-macam kenangan yang indah akan kami semadikan di dalam hidup kami. Mcm biasa, cuaca still sejuk. Kuar jer dari hotel, penjaja jalanan terus serbu kami untuk jual barangan mereka..Sory la, duit kami dah abes la..hehehe
Apa2 je la yang kitorang beli ni
Berganda barang yang di bawa pulang...
Aku pun nak posing gak
Suasana still sejuk
Bas kenit kami penuh dengan beg2..hehehe
Singgah di Tianjin Street Market..
Just amek gambar je...
Perhh.. Kecek ada stail...
Posing je la. Duit dah abes. X leh nak shopping dah
Aku & Dall...Posing kesejukan
Posing with cute scooter
X ingat apa pulak nama pasar ni. Dekat ngan tempat makan tgh hari kami
Menjual barang2 basah.. Katak pun ada. Besar punya
Yeah..Mkn tgh ari yang terakhir di Bumi China...
Berselera ker? Rindu masakan kampung diorang ni
Tgk la beg kami di dalam bas kenit tu. Penuh...
Dah sampai kat Tianjin Airport
Bergambar kenangan dengan travel ejen kami di China
Memunggah beg untuk di check in kan
Hehehe...Posing ngan paramugari
Dalam flight dah. Bye2 Beijing
Dah sampai LCCT..Muka semua penat tahap gaban. Tapi aku senyum jer
Cenderahati dari pihak fakulti UTM untuk travel agen kami, Kak Alin..
Ni je la barang yang tinggal selepas setahun balik dari China

Akhirnya..Journey kami ke Beijing memberi satu pengalaman yang cukup manis. Bak kata orang, hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri. Pengalaman yang diperolehi x kan dilupakan. Terima kasih kepada semua yang terlibat terutamanya pensyarah kami, Prof. Dr.Wazir, Kak Alin dan sahabat andai yang lain. Hope, lepas ni dapat pergi negara lain pulak..

Sunday, 12 May 2013

BEIJING DAY 7

Wah..pejam celik dah seminggu kat bumi Beijing ni. Rasa mcm semalam jer baru sampai. Ok ...Aktiviti ari ni santai ckit. Just kena banyak cakap jer coz kami nak g SHOPPING....Yeah...Maklumlah kena berdebat lagi untuk tawar harga barang. Dua tiga hari ari lepas aku ada tawar sampai murah tapi aku x beli pun. Dia punya tokey marah sampai kejar aku. Aku pun cuak gak la. Kadang2 orang cakap siap dia pukul belakang kita pakai pembaris. So nasihat aku, Kalo korang dah berkenan kat sesuatu barang, baru tawar habis-habisan. Hehehe. Sebelum kami g shopping kat Yashow Market, kami di bawa ke Olympic Sponsor Jewelry City. Tempat Ni dekat jer ngan Bird's Nest Stadium. Kat sini aku beli gelang jade untuk mak aku yang tersayang.
Minum teh dulu...
Asal boleh. Kat mana2 pun bergambar penting ye
Boleh dikatakan semua ada beli ole2 kat sini..

 Selepas itu kami di bawa ke Yashow Market. Untuk perabeh kan duit china nih. Tapi mcm biasa, kalo bab shopping memang xder gambar coz cameraman kami sibuk nak beli barang. Begitu juga yang lain. Mata dah xtgk lain. Masuk jer terus tuju ke destinasi masing2. Kat sini aku beli byk gak la. Aku beli baju, alas meja, t-shirt, jam tangan, beg tangan, beg dan dompet. Memang berbaloi. Lepas shopping ingat terus g makan n balik hotel, tapi kami di bawa ke Zhongguancun Electronics Merket. Kat sini semua barang electronik ada terutamanya handphone, kamera, jam, gadget yang xkan jumpa di Malaysia dan aksesori komputer. Sebb duit dah byk abes shopping kat Yashow Market tadi, kami just byk cuci mata jer. Kat sini aku beli fridge magnet dan jam comel jer. Jam comel tu pun beli pakai campur dengan duit Malaysia. Kadang2 ada kedai terima duit Malaysia ni..

Selepas balik hotel, semua sibuk packing beg masing2. Esok dah nak balik dah. Lepas dah kemas2, kami kumpul semua untuk makan megi sama2 dan wat rakaman video ucapan terima kasih.
Bersepah giler bilik Iqbal & Kecek ni. Bilik kitaorang pun sama gak. Hahaha
Kumpul dan makan sesama.

Friday, 10 May 2013

BEIJING DAY 6 PART II

Selepas dah urut kaki, kami di bawa ke Tea House Dr Tea. Di sini kami di beri minum teh dari pelbagai rasa dan perisa. Tapi boleh tahan harganya. Tapi kita orang tak beli pun. Teh BOH dan LIPTON kita tetap jadi pilihan hati. Jom skodeng gambar kat Tea House ni...
Gambar reramai dulu
Depa ni duk explain pasal teh diorang. Kami minum jer.Teh diorang kira lain dari yg lain la
Siap ada debat tgh di pertontonkan.
Dr Wazir ada beli teh, Semua amek gambar sesama..
 Selepas dah menikmati teh, kami dibawa ke salah satu tempat mercu tanda Beijing iaitu Bird's Nest Stadium dan Water Cube. Ketika sampai dah agak petang. Bestnya, dapat la tgk stadium dan water cube tu bercahaya. Kat sini jer kami bergambar sakan. mcm2 gaya, x larat nak upload gambarnya. Penjual2 jalanan pun banyak. Kebanyakkan jual souvenir olimpik Beijing. Siap diorang ikut kami lagi semata2 nak jual barang diorang. Aku pun ada beli rantai kunci sbb dpt murah setelah dah tawar gila2. hahaha
Bird's Nest pun dah kuarkan cahaya merah. Yeah....
Lawa Water Cube yang bercahaya biru tu..

Setelah penat berjalana satu ari, kami di bawa makan malam & balik ke hotel untuk berehat. Coz esoknya nak shopping dan habiskan duit sebelum balik Malaysia..

Tuesday, 7 May 2013

BEIJING DAY 6 PART I

Hari ni diteruskan lagi dengan melawat tempat2 menarik. Ikut jadual ari ni boleh dikatakan padat. So, pagi2 lagi kami dah pergi ke Sunny Gold Street Market. Tapi kat sini x der gambar plak. Kat sini aku beli beg dan box chopstik. Dapat murah, sbb first customer ari tu. Lepas shopping kami di bawa ke Fresh Water Pearl. Kat sini di tunjukkan bagaimana pearl itu di hasilkan. Mcm biasa, tempat ni menjual barang2 pearl seperti rantai dan cincin. Aku angkut satu rantai nak kasi anak sedara aku. Dapat murah setelah tawar menawar.

Lepas dah cuci mata ngan pearl, kami dibawa pula ke Summer Palace. Satu lagi tempat yang besar dan wajib dikunjungi. Kat sini kami just jejalan dan amek gambar jer. Penuhkan memori card Mirul..


Selepas penat berjalan dan amek gambar kat Summer palace, kami di bawa makan tgh hari dan solat jamak kat Ma Dian Mosque. Masjid ni cantik dan bersih.

 Selepas solat, kami di bawa ke Massage at the Chinese Traditional Medicine Center. Pemandu pelancong ada bagi taw supaya menyamar sebagai orang dah bekerja. Ini kerana dia orang tak akan urut kaki kami kalo kami student. Jadi Semuanya berjalan lancar. Pekerja sana dah urut kaki, pastu tilik tangan tgk kita ada penyakit apa.Pastu nak paksa2 beli ubat dia. So, korang jgn beli pun ubat diorang ni. Tapi akhirnya kami terkantoi plak yang kami ni students. So dia punya presenter orang Indonsia tu pun marah dan tinggalkan kami gitu jer. Sure pas ni aku xnak g sini lagi. Aku pun xnak upload gambar kat tempat ni..hahaha....